Wednesday, December 11, 2013

Addicted with mouse

Salam, hai!

Dalam hidup ni, aku rasa benda yang paling aku suka beli, or yg aku selalu aku beli adalah mouse! mickey mouse. haha bukanlah. tetikus.

Biasanya aku akan simpan dalam 2-3 mouse tp guna satu jelah. sekarang ni aku tengah fikir nak beli lagi. hak hak. membazir kan? tu lah, aku rasa online shop ni duit tak rasa keluar banyak... kalau beli kat kedai biasa pun sama je harga....

Friday, November 22, 2013

Sampai bila mahu mencuri?

Assalamualaikum,
Pasti kita sudah dengar tentang syahidnya Ahmet Ammar. Tatkala ini beliau sudah pun bertemu dengan Allah. Walhal kita masih di sini, masih terbelenggu dengan ujian yang mendatang.

Mungkin kita selalu menghina pemimpin kerana, 'mencuri' harta kita. Kita juga sering melemparkan kejian dan cacian kepada perompak/pencuri yang berjaya di tangkap di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Pernahkah kita terfikir, bahawa kita juga sebenarnya sangat berpotensi menjadj pencuri?

Bukan pencuri hati yang saya ingin jelaskan.

Kita tonton filem-filem baru yang hangat di pasaran daripada skrin laptop kita, sambil buka lagu di mp3. Memang bukan filem porno mahupun laghah yang kita tengok. Saya tahu kita semua memang tengok filem berunsurkan islamik dan teladan contohnya Warkah Cinta. Namun, filem-filem itu didapati daripada mana? Adakah kita membeli daripada Syarikat Penerbitan filem tersebut? Atau kita beli di jalanan dengan harga Rm10/Rm15. Atau juga kita download percuma dengan internet download manager? Adakah kita membeli internet download manager itu? Atau kita download patch/crack version?

Berapa banyak yang kita telah rompak?

Atau kita berada di situasi ini. Kita masih belajar lagi dan sangat aktif dalam society. Dengan kelebihan bakat designer yang terpendam dalam diri kita, kita mahu menolong program-program ilmu yang dianjurkan agar mendapat sambutan. Kita hasilkan berpuluh-puluh poster islamik dan program ilmu. Tapi sayang sangat, kita menggunakan Adobe photoshop/ Adobe Illustrator/ Apa sahaja software yang kita download free bersama patch/crack nya. Dan kita gunakan selama 5 tahun dah lama dah. Selama 5 tahun itu juga kita menggunakan hasil 'rompakan' kita 5 tahun lalu.

Niat tidak mengahalalkan cara.

Ada lagi satu situasi lagi yang mana sangat dikesalkan. Kita memulakan bisnes. Mungkin bisnes kecil-kecilan sebab kita baru lagi. Duit pun takda, lagi-lagi kalau part time. Kita buat kerja buat kad kahwin. Kita jual dapat untung banyak la jugak, tapi kadang-kadang sikit jugak. Semua duit yang kita dapat tu kita gunakan untuk beli makanan dan keperluan. Namun, adakah duit yang kita makan itu betul-betul telus sumbernya? Software yang kita gunakan untuk buat kad kahwin / advertisement itu apakah software yang di bayar atau software cetak rompak? Bagaimana dengan status duit gaji yang kita dapat itu. Adakah ia halal?

Banyak lagi yang boleh dipersoalkan.
-lagu-lagu yang kita dengar juga kita download tanpa membelinya. Mungkin sesetengah lagu tidak perlu dibayar, tapi sesetengah lagi perlu dibayar?
-Kita menggunakan applikasi berbentuk akademik seperti wolfram alpha yang mana kita hanya download yang free tanpa license sedangkan applikasi tersebut berbayar. Apakah ilmu yang kita tuntut mendapat berkat?
-Apa sahaja yang kita download free tanpa license adakah ianya halal dan dituntut oleh syarak?

Sambil mengingati diri ini.
Bilakah mahu berubah.

#Ahmad Ammar dalam kenangan

Friday, November 15, 2013

Kanvas waktu

Down down down!!

Kenapa tak dapat jawab exam!

T_T

Berlari aku mengejar

Kehidupan yang penuh misteri

Belum puas aku mengecapi

Hasrat hati mewarnai jiwa sepi

Melakar di kanvas waktu yang berlalu

Aku ingin tersenyum

Bersama cinta dan cita-cita

Sunday, November 3, 2013

No life

I want to be a normal girl.

Baik, peramah, rajin.

Huhu

Kenapa aku xrajin?
Kenapa malas?
Kenapa tah apa masalah aku?

Kenapa aku xmacam diorang.
Kenapa aku xleh study?

T_T
I am so sad with myself

Why I am different from others.

Huaaa.

Friday, October 18, 2013

Aku diet nak sihat bukan setakat kurus

Sebelum tu nak state dulu..
Aku takdelah kisah sangat kalau gemuk. berat sekarang 68kg WTF
Dalam masa seminggu je. sebelum ni berat aku 58kg. 10kg naik sebab apa??

Sebelum masuk biasiswa YBR (Yayasan Bank Rakyat), aku seorang yang sangat berjimat cermat, kedekut, kawal nafsu..

Waktu tu sangat susah. Nak beli makanan RM3 tu pun rasa macam sayang sangat. duit tak ada kan waktu tu. sejak tu aku selalu makan oat je. kalau lapar, buat oat 3in1 (brand quacker perisa vanilla). Lama jugak dekat 2 bulan hidup sengsara. berat pun turun 2kg (58kg).

Bila masuk YBR je... alhamdulillah. nafsu makan aku sangat-sangat meningkat. macam tak makan seminggu. dah feberet aku kek moist coklat Anis Bakery tu. Masuk je duit, hari-hari aku makan kek tu. kadang sekali sehari, kadang 2 kali sehari. tup tup berat aku tetiba naik kau 68kg waktu nak habis sem tu. tambah lagi nak raya. duduk rumah makanan memang penuh lemak jela. haish. aku rasa dlm seminggu dua je aku dah naik 10kg. gila kau. orang nak turun 2 minggu 1kg pun payah. aku naik 10 kg. seluar pun sendat. baju kurung pun dah ketat. adoi..

Memang sedap kau. meleleh leleh krm dia. 


sebab apa? sebab kek banyak gula n banyak lemak.

sekarang aku tengah fikir nak ikut diet yang mana. Atkin ke Kevin Zahari? aku bukan setakat nak kurus. tapi nak jugak sihat. haritu timbang kat herbalife. lemak organ aku tinggi sangat. HERBALIFE? hurm. kos agak tinggi jadi aku nak try diet2 yg free dulu.

Atkin
-haramkan pengambilan karbohidrat seperti roti, tepung, nasi, mihun etc
-tak perlu exercise pun
-inch loss
-pentingkan pengambilan air yang banyak (sama macam herbalife)

Kevin Zahari
-Makan makanan kalori rendah n portion nasi segenggam.
-banyakkan exercise untuk bakar kalori
-guna pedometer. haha banyakkan langkah

Melalui kawan herbalife aku, lemak organ susah nak dibakar walaupun kita exercise. aku punya lemak biasa taklah banyak sangat tapi lemak organ berada di tahap yang sangat merunsingkan. tapi boleh kurangkan dengan pengambilan air yang banyak n jaga pemakanan + nutrisi dia. (shake)

Pernah la jugak terfikir nak consume shake. tapi malas.haha. pagi2 sarapan penting bagi aku , penting juga bagi herbalife. tapi sekarang oat aku oat mentah bukan 3in1 jadi aku sangat malas nak sarapan. OMG

rasa nak amik je sebab shake kan senang, tak perlu air panas. huhu. just masak air biasa je. nampaknya aku kene fikir balik sarapan apa yang aku sesuai ambil. dulu aku makan oat 3in1 tu la sarapan hari-hari.

nak diet, nak kurus, nak sihat.

Banyak benda nak fikir. T_T ok aku akan abaikan bisnes buat sementara waktu.

aku nak cari pedometer sat. nk buy online je.




Wednesday, October 16, 2013

Tadi mak marah betul. Salah adik cuma terlupa nak tutup air yang ditadah. Paip bocor, jadi setiap hari kena tutup air. Air mahal. Mak mungkin stress kerana beban hutang yang ditanggung. Bagi mak, nak bayar air pun rasa perit.

Aku.... nak jadi orang kaya. Boleh tolong mak dan abah. Aku tak mau mak n abah tension fikir hutang, duit tak cukup, nak beli baju baru pun rasa mahal. Nilai wang sangat berbeza daripada perspektif setiap individu. Bagi orang kaya, duit seringgit tidaklah terlalu bermakna dan senang dibelanjakan untuk memenuhi kehendak mereka. Nilai seringgit sangat berbeza daripada perspektif orang miskin. Dalam sehari, nilai satu ringgit ini mampu memenuhi keperluan hidup mereka. Cukup.

Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

Ramai orang bekerja untuk duit tapi sedikit yang duit bekerja untuk mereka.

***********************************************

Kalau anda juga berada seperti situasi diatas.. saya ingin memberikan anda peluang. peluang yang orang lain tak tahu, atau mungkin taknak ambik tahu. atau buat2 tak tahu.

siapa kita dan siapa mereka.

kalau mereka hobinya berbelanja dan bercuti ke luar negara...

kita hobi memikirkan duit jatuh ke riba. angan-angan.

angan-angan bukanlah satu impian. impian digilap dari semasa ke semasa walhal angan-angan cuma membayangkan sesuatu yang indah tanpa dan terus berharap tanpa ada usaha.

Impian, semua orang ada impian juga.

cuma, impian itu kadangkala tenggelam kerana sifat putus asa dan tidak mencuba.

Saya mahu memberikan peluang untuk anda. peluang menjana pendapatan pasif. yang mana semua orang berjaya seperti Robert Kiyosaki yang mana sumber pendapatan mereka adalah daripada pendapatan pasif!

Testimoni salah seorang agen:
Minggu ni je aku berjaya jual RM400! Kawan-kawan semua mintak sampai tak sempat nak tambah modal. nasib baik ada kawan aku pun jual sekali. tak sanggup nak hampakan perasaan diorang. boleh tolong sesama kawan.

----> Kawan anda nak join pun keuntungan milik anda sepenuhnya

Wise man (Investor):
Use money to generate more money.

Saya mahu tolong anda...
Pm page ini dengan segera dan jangan lepaskan peluang ini.

https://www.facebook.com/TopupDeen


Monday, October 14, 2013

Berhari raya di rumah sendiri. Perasaan itu....

sangat boring dan pelik. banyak pulak menu makanan yang ingin disediakan... kalau balik raya kat kampung dulu tak ada pulak rajin nak masak banyak2.. mungkin terlebih excited sebab first time raya kat rumah sendiri! itulah mak n nenek aku. kat kampung, atuk dah tak ada. rumah tu pulak didiami oleh pakcik aku. Jadi, rasa janggal dan tak berapa selesa bila duduk dirumah "orang".

Menu raya ni lain daripada apa yang selalu buat kat kampung dulu. Menu tetap kat kampung mesti rendang ayam, soto, ketupat, kuah kacang. Tak pernah masak daging sebab keluarga belah ayah aku ramai tak makan daging. Tapi menu kali ni rendang kerang, ayam goreng, ketupat palas n kuah kacang mesti ada (family favourites) hehe.

*****************************

Sambungan Cashflow Quadrant:



Aku selama ni fikir yang Quadrant B - big business ni macam minda seorang usahawan... mengembangkan bisnes, mencipta idea.. tapi salah semua tu. semua tu masih berada dalam quadrant S-Self-employed. Quadrant B ni adalah bisnes yang mana menggunakan masa orang lain dan duit orang lain! Semakin berjaya bisnes, semakin banyak masa free untuk keluarga. Bukan seperti di Quadrant S; Semakin berjaya dan berkembang bisnes, semakin sibuk dan kurang masa. Nampak tak perbezaan Quadrant S & B ? Kalau nampak tu maksudnya ada potensi untuk melangkah ke Quadrant B  (:

Tadi sebelum baca buku Cashflow Quadrant, tersalah set mind n baru rancang nak buat bisnes kad kahwin. tapi idea tu nmpknya kene reject. Nak jadi Quadrant B kene fikir system yang terbaik n the boom macam McDonald. Semua orang boleh buat burger lagi bagus daripada McD tapi tak semua boleh ada sistem yang bagus macam McD.

:) mak panggil buat ketupat palas. see u next time insyaallah.

Kepompong kehidupan

Tadi mak marah betul. Salah adik cuma terlupa nak tutup air yang ditadah. Paip bocor, jadi setiap hari kena tutup air. Air mahal. Mak mungkin stress kerana beban hutang yang ditanggung. Bagi mak, nak bayar air pun rasa perit.

Aku.... nak jadi orang kaya. Boleh tolong mak dan abah. Aku tak mau mak n abah tension fikir hutang, duit tak cukup, nak beli baju baru pun rasa mahal. Nilai wang sangat berbeza daripada sudut perspektif setiap individu. Bagi orang kaya, duit seringgit tidaklah terlalu bermakna dan senang dibelanjakan untuk memenuhi kehendak mereka. Nilai seringgit sangat berbeza daripada perspektif orang miskin. Dalam sehari, nilai satu ringgit ini mampu memenuhi keperluan hidup mereka. Cukup.

Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

Ramai orang bekerja untuk duit tapi sedikit yang duit bekerja untuk mereka.

Aku sekarang berada di quadrant S. Self - employee. (Cashflow Quadrant by Robert Kiyosaki)  Aku mahukan kerja dilakukan dengan sempurna dan tak suka orang lain yang buat. Sebab aku takut orang lain xbuat sebaik yang aku buat. Aku bukan inginkan duit. Aku ingin menjadi seorang yang expert, pro dlm bdg yg aku minat. Itulah aku. Bagaimana aku mahu berubah ke Quadrant B - Big business.

**************************************

Goal :

Aku masih mencari haluan aku yang sebenar.

Sunday, September 29, 2013

Apabila si tangan parkinson melukis.

Ni la hasil lukisan potrait yang kedua. Kegigihan si tangan parkinson melukis, hasilnya herot2. Sebelum ni memang tak reti melukis. Dan tak pernah melukis. Pernah try jadi macam apa tah. Imaginasi teruk.

Tapi baru tahu yang sebenarnya tangan parkinson ni boleh lukis gambar. Haha! Beribu-ribu tahniah. Ingatkan tak boleh buat apa.

Ambik masa lama jugak about 3 jam. Lama. Habis masa nak buat homework. Tapi puas hati n bila lukis tadi rasa fedup, kenapa aku mesti lukis? Nak berhenti dah tadi tapi fikir takpelah habiskan jelah. Hurm, jadi jugak la akhirnya. Comel model ni. Haha.

Puas hati n lega dapat lukis, macam dah hilang sekejap resah n assignment bagai. Haha. Sekejap je k. Laa ni risau homework tak siap lagi.

Fighting!

Saturday, September 28, 2013

Aku dibius cinta

Aku dibius cinta? Haha.
Teringat forum bersama Hilal Asyraf, Ust Fatimah Syarha n Salimah Habibi. Org selalu suruh think out of the box, tp out of the box there is another box. Semakin keluarnya kita daripada sesuatu box, masih ada box lain yang belum dijajah. ^_^ Ilmu Allah tu semakin dikaji, semakin banyak n mendalam.

***************************************

Pernah tak anda terfikir

"Kenapalah aku boleh suka dia?" (Nada gelak)

"Mcm mana aku boleh syok kat dia?"

"Ntah papelah. Mcm org bodoh je.."

Macam tu la aku rasa. Dia datang dan pergi dengan sendiri.. tanpa ada hati yang terluka, aku mahupun dia. Dia tak pernah tahu n aku xpernah bgtau.

Tak apalah, selamat.

Malu dengan diri sendiri. Kenapa suka kat dia? Ntah apa2 lah. Pelik bin ajaib sbb dia dtg tiba2 tanpa dijemput dan pergi tanpa dihalang. Perasaan tu seolah2 seperti mengagumi seseorang tapi disalah erti dengan cinta, haha.

Ada orang kata, jangan hina diri sendiri kalau tersuka pada seseorang kerana hakikatnya semua tu adalah takdir Allah. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Jangan rasa malu ataupun rasa "bodoh".

Teruslah menanti Mr/Ms.Right melamar.  :D

N lastly nak tanya. Salahkah mencintai seseorang? Dari sudut islam macam mana?

♥Cinta lenyap apabila lenyapnya sebab. Cinta teragung sebabnya juga mestilah teragung. Cinta abadi, sebabnya juga mesti abadi. Cintailah kerana Allah kerana apabila kecewa, cinta tidak pudar kerana cinta Allah mengatasi cinta kepada manusia♥

Ckp pasal cinta memang seronok, boleh buat seseorang rasa bahagia (:

HARD WORK BEATS TALENT, FIGHTING!!

Sunday, September 22, 2013

Sorang2.

Tak tahulah. Rasa sunyi. Rasa alone.
Why.

Hurm. T_T

Kali ni jugak rasa malas sangat nak berniaga. Malas nak cari duit, rajin nak pergi belajar. Huhuhu erm. Seronoknya kalau ada kereta sendiri. Tak perlu bergantung pada orang lain, I really dont like to ask someone.mengharap simpati, aku suka ada barang aku sendiri. Boleh guna sendiri, buat apa2 je.

Kalau hati xsenang boleh ambik angin kat luar. Boleh pergj pantai ke. Ah bestnya. Maybe sbb xdpt swim kut hrni. Tu rasa sedih pilu semacam. Huhuhuhuhu....

Huh. Rasa malas sangat nak belajar, mcm2 rasa. Tadi borak dengan adik. Hilang pulak segala resah n rasa xsenang dlm ht.

Btw, haritu cuba lakar someone yg I minat. Song jae rim. Xsangka jadi sikit. ^_^ first time tu buat. Tapi waktu buat tu kepala pening tapi otak clear. Xde masalah. N focus,..

Haish. Hrni mmg la kan

Thursday, September 12, 2013

Kenapa sukar membentuk tabiat?

Assalamualaikum, banyak sangat isu-isu negara kebelakangan ini. Isu minyak naik, isu syria, isu mesir, n lagi2 dalam paper banyak sangat isu eksiden. tettt.

Bukan nak cakap pasal isu, apa lagi mengolah isu.
Cuma nak habaq kat hang, yang cek dah tak pikiaq pasal jodoh, kawen... (haih berterabur loghat kedah)
Kadang, bila tengok citer2 korea, best plak. aiseh. HAHAHAHAA

tapi tu laa, cek tak habis study lagi. family pun tak bagi, jadi malaih la nak pikiaq ni semua. tak ada gunanya. tiba masa akan kuseru namamu. :D

Okeh bukan tu.

Masuk sem baru, bantal pun baru, pen baru, henfon baru. waw. semua benda nak baru. bilik baru, rumet baru, tudung baru, tuala baru, spend** baru. krik krik.

haha dan juga matlamat yang baru!

Tapi susah saya mahu membentuk disiplin yang baru. Tabiat yang baru. (Selepas duduk membesarkan diri dirumah tanpa buat apa-2) Sangat susah nak bentuk jiwa yang baru.

Alhamdulillah sebelum masuk UIA, pergi kem pembangunan modal insan anjuran bank rakyat kat Port Dickson. 3 hari 3 malam. Seronok! n waktu tu memang membara semangat baru. semangat samurai n semangat AL-Fateh. Terusik minda, namun hanya untuk seketika. Kemudian, ia semakin kabur dan menghilang seperti angin lalu. Di mana semangat itu? Di mana kekuatan dan ketajaman minda seperti Al-Fateh?

Sedikit tentang kem tu.
Waktu tu sangat berkobar2 jawab soalan nak menang. Khusyuk tengok video n penceramah tu, sebab nanti sapa dapat jawab soalan dia bagi 100 dollar untuk satu soalan. (dollar jutaria sahaja T_T) Memang tekun gila dengar. Lepas tu bila nak bagi soalan tu, ha ha, angkat tangan je!! tapi penceramah tu dah boring dgn aku agaknye T_T dia tak nak layan pun aku angkat tangan. hampes.

N waktu tu jugak aku sedikit berani untuk bersuara. bercakap depan orang ramai. memang la malu n takut orang ckp mcm2.. muka pun memg merah habis la bila nak luah  pendapat. n i am different than the real me. betul la org ckp, "i am what i want to show to you." Memang selalu sangat bende ni berlaku, memang ada kala aku tak mahu bersosial dengan orang, adakalanya aku mahu menonjolkan diri, adakalanya jugak aku mahu jadi baik hati n comel, kadang2 nak jadi cool je... macam2. tapi apa sifat sebenar kau? sebab semua tu nampak plastik! krik krik krik. aku je yg tau.....

Kembali kepada Al-Fateh.
Aku memang teruja dengan hero islamik yang tinggi Spiritual Quotient (SQ), Intelligence Quotient (IQ) n Emotional Quotient (EQ) ni. Ustaz kata, nak membentuk IQ, bermula dengan SQ maka akan lahirnya EQ. Taatnya Sultan Muhammad bin Murad 2 kepada Allah, IQ yang tinggi, belajar dan fasih 7 bahasa, EQ yg hebat, diberi ujian yang sangat dahsyat, apabila ramai tenteranya terbunuh, Ahh, macho gila laa.

pss: Fatih Sefaragic dah kawen

xde kaitan. okay bai. Minor in ICT ^^ tapi kelas hari sabtu and ahad 9am-5pm. SABAR. Maintain EQ.

salam petang dari bandar kuantan. pizza. pizza.

Monday, August 19, 2013

Thinking of opportunity and business.

Almost everyday i think about business and the opportunity to involve in some kind of business.

     Memang banyak bisnes yang bermain dalam minda. Daripada sekecil-kecik bisnes sehingga lah sebesar-besar bisnes. Aku bukanlah membesar dalam keluarga bisnes. Malah almost bisnes yang dijalankan family tak menjadi. tapi aku tak pernah nampak rasa putus asa dalam diri abah. He always think positive & insyaallah rezeki dia akan ada nanti. sabar dan teruskan doa & usaha.

     Aku? Aku sanggup bagi modal untuk my family kalau nak berbisnes. Walhal sebenarnya kadang-kadang aku takut untuk invest pada diri aku sendiri. Aku rasa tak mampu  takut ambik risiko untuk mengendalikan bisnes tu nanti. Why? T_T Aku hanya berani invest bisnes kecil-kecilan n benar2 yakin dengan bis tersebut. I am not brave enough to stand in the business world. 

     Tapi tu lah. minda aku yang tak pernah lupa untuk cari bisnes yang terbaik n sesuai dengan kebolehan aku. Aku pernah pergi satu kem usahawan ni. Beliau kata, bisnes ni bukan suka2 untuk kebolehan kita/sesuai dengan kita tapi sebenarnya atas kehendak pengguna. pening? macam ni. ramai melayu2 hanya buat bisnes yang mereka yakin n sesuai dengan diri mereka sedangkan sebenarnya kita patut membuat bisnes mengikut kehendak pelanggan. (apa yang pelanggan mahu). ITULAH YANG AKU SUSAH NAK IKUT SEBAB TAKDE CONFIDENT DALAM DIRI.

Baru tadi terfikir untuk jual baju muslimah design aku buat sendiri. agak-2 dapat market tak? Melukis pun tak pandai. T_T

Off topic jap.
Tadi terima kad raya+kad besday 2in1. terharu waa. handmade card. Thank you awak. :)

COMEY!!

Haha.. tak sabar nak masuk uia balik.... esok ada kem ybr pula sampai 23hb. 24 wedding abg syera. insyaallah pergi.. 







Thursday, August 1, 2013

Trusted Seller-Lazada Malaysia. Note 8.0 | When dream comes true |

Salam, semalam ada buat entri kan pasal seram sejuk nak order Note 8.0 dari Lazada. Mana taknya, mahal kan.. Ini sekadar perkongsian aku jela first time beli daripada Lazada. Semalam order petang, harini kul 11pagi dah dapat.. ^_^ just waiting for my accessories (case & screen protecter) bought from Lelong.


Terkejut memula sebab bila nak sign kat staff Gdex tu, dia pergi pusing kotak ni (lambung macam tu la) aisey. nasib baik xkuat sangat. Dia datang depan umah.. kalau aku tak keluar, komfem dia jalan je... xde plak dia hon ke, bagi salam ke..


ni dah lepas bukak dah kotak. kotak dia besar la jugak. tapi nak kata selamat, biasa2 je, sebab bila goncang, kotak dia berbunyi... so kurang safety sikit la. kalau terhantuk kuat sangat.


Good condition n terima dalam keadaan seal samsung lagi.. bukak2 je terus cek IMEI no dengan kotak, same dop. Memula try nak cabut case belakang.. haha rupanya tak leh cabut belakang.. sim pun masuk ikut tepi je... Tengok dalam kotak, ada warranty card n lain2..


sama je, nak tunjuk bukti lazada tu je..


accessories complete. charger, headphone, cable usb.. hurm. sampai2 terus main2 dengan baby baru (note 8) ni. haha. main dengan s-pen dulu sebab takde screen protector. T_T

Oklah, so, aku anggap Lazada ni trusted seller la,, sebab dia keep promise dia kat aku :D

Nak beli kat kedai memang mahal. Kat lelong ada, tapi xpercaya sangat.. huhu. Jadi try beli dengan discount subscribe newsletter RM10.. so, maknanya RM1428-RM10=RM1418. Beli case, screen protector n micro sim cutter RM60.

So total RM1478. :) pernah tanya kat kedai kat sini 1599.. mak aih. kan lebih jimat tu. jimat tak? tak sampai 1.5k pun...

Sekian, nak beli gadget berhati2lah ya.. mmg byk penipuan kalau tak selidik betul2..




Wednesday, July 31, 2013

First time shopping with Lazada.com.my

G u e s s  w h a t ?
Hari ni aku berani mati pergi try beli kat Lazada Malaysia. Baca review, orang kata sekarang Lazada dah stabil sikit, lagipun ada Lazada Promised sampai 2-3 hari.. Sedihnya COD xde kat area aku T_T.
Jadi pergilah order & bayar online je.... proses dia simple je, sebab dia ada sediakan terus bayar online, macam aku guna Cimb.. jadi terus jela bayar. Nak bayar tu pun masih pikir 10 lagi. hoho. last sekali submit jela.

Samsung Galaxy Note 8.0 - memang idaman aku dari sem lepas lagi. HOHO

nampak kan Lazada promise tu.. 
Dah order & dah bayar. tunggu jelah order within 3days. Kalau x within 3days, dapat voucher RM75 :) huhu itu promise dia, kalau dia xpromise, aku pun xpercaya sangat.

Dalam kepala fikir,
-selamat ke sampai kat rumah aku nanti
-tak rosak ke kalau pos dia baling2 nanti
-ni original ke SME warranty
-tak lambat ke sebab kalau leh aku nak dapat minggu ni jugak. 

Sebenarnya dah lebih seminggu aku fikir nak beli. Lepas je lulus Test JPJ pagi tadi terus la pi order kat Lazada ni. Memang berhajat macam tu la. Kalaulah terkandas test JPJ tadi..... aku memang pikir balik nak beli ke taknak beli........

N last, tunggu jelah review aku bila barang dah sampai. hope sangat selamat sampai n xde problem.

^_^

*****UPDATE*****
Tak sampai 3jam, lazada dah bg tracking number guna Gdex. Tak percaya pun ada. cepatnya.... tah tah belum post kot. hehe. kalau xsampai, maksudnya pihak gdex la yang lambat...

Thursday, July 25, 2013

adakah cinta?

Aku juga pernah. saat ini. tika ini. apa semua ini. kenapa aku rasa kehilangan?

kenapa muncul tetbe. kenapa. kenapa aku sensitif sgt. kenapa ni?

WAAA...... aku tak lemah! aku tak kisah!

sekian. boleh pergi dengan hormatnya. jangan datang balik. bye

Tuesday, July 23, 2013

Poligami lagi dan lagi

suami: abang nak kahwin lagi satu boleh x yank.
isteri: boleh je abg nk madukan ayg...... tapi.....
suami: tapi apa?
isteri: madukan dgn kereta, bola ke. tu ayg benarkan.

^_^

----------------------------------------------------------

kalau tanya aku sanggup poligami x? Aku sanggup! Tapi. Poligami yang benar jalannya. bukan poligami yang menghuru-harakan keadaan, memutuskan silaturrahim! Poligami?


Kita boleh tengok sesetengah suami berpoligami tapi tanpa pengetahuan isteri, keluarga terutama ibu bapa. Poligami disyariatkan untuk menjalin silaturrahim atau niat ingin menolong bukan kerana nafsu semata-mata. Apa yang paling menyedihkan, perkahwinan "kedua", "ketiga" mahupun "keempat" tidak sampai ke pengetahuan ibu bapa, mahupun isteri. Lagi menyedihkan apabila perkahwinan di rahsiakan sehingga sanggup bernikah di Siam.

Nikah di Siam bukanlah perkara manis, malah diragui. Apakah kita benar2 yakin bahawa tok kadi itu adalah tok kadi yang sah? Banyak masalah yang bakal timbul. Pernah ada kes di mana perkahwinan yang hampir 10 tahun lamanya dijatuhkan hakim tidak sah. Bagaimana dengan hubungan mereka sampai anak dah tiga? Hal ini akan menimbulkan banyak masalah terutama tentang nasab dan keturunan anak-anak. Apabila anak-anak sudah dewasa, siapa yang akan menjadi wali mereka?

Saya ada pengalaman tentang saudara rapat saya di mana, perkahwinan itu dijalankan hanya di sebelah pihak sahaja yang hadir. Manakala sebelah pihak (belah lelaki) tidak hadir. Malah, isteri barunya itu tidak pula berjumpa dengan ibu mertua atas sebab perkahwinan yang dirancang tanpa pengetahuan keluarga. Sedikit sebanyak kita boleh lihat seperti ada unsur perkelahian dan hubungan mesra tidak terjalin antara ibu bapa mertua dan isteri. Sedangkan poligami sepatutnya meraptkan hubungan silaturrahim! Kahwin bukan sekadar dengan anak, tapi kahwin dengan ibu bapa dan keluarganya sekali!

Saya tidak dapat menerima lelaki yang sebegini. Berkahwin atas dasar pengecut, tidak bermaruah dan tidak ada tanggungjawab dalam diri. Tambah lagi lelaki yang tidak punya harta yang cukup dan tidak dapat berlaku adil antara isteri-isterinya. Memang proses poligami itu mudah, tapi amanah dan tanggungjawab itu dua kali beban yang ditanggung. Seeloknya, jika iman di dada belum mantap, pergi masjid pun sekali je seminggu, duit dipoket belum penuh, dapur tak menyala, tak payah la berangan nak poligami. Seolah-olah menempah tiket ke neraka. (kasaq bahasa. haha)

Apa-apa pun aku tidak anti-poligami, malah aku terima sekiranya madu aku itu akhlaknya lebih baik daripada aku, ilmu agamanya lebih tinggi drpd aku, bahasanya juga semanis madu. Dia boleh bimbing aku :D ada jugak kawan yang boleh menjadi rujukan dan teman permainan. :P takyah susah-susah nak jaga suami. sebab ada orang boleh jagakan. hak hak.

31 July ada test jpj. harap lah lulus. raya dah boleh bawak kete.



Thursday, July 18, 2013

Tough Week : Buat website sendiri.



Haha, minggu ni memang tough la, sebelum ni try2 buat online shop guna wordpress. Jadi memang jadi. Lagipun memang free je,, tapi semalam rasa nak upgrade GAGAGA. Pastu beli la domain baru & web host. Domain beli kat Pakar Niaga. Web Host langgan kat SyokHost.

www.tudungsajicinta.com (tapi belum update lagi.. masih huru hara. haha)

Dua-dua ni syarikat orang Melayu :) Bukan takde kat US punya tapi sebagai orang Melayu, rasa terpanggil untuk membantu orang Melayu & Islam. Walaupun customer service kat US tiptop. tapi rasa macam lagi susah nak contact. kalau SyokHost ni boleh mesej aje :D

Kenapa beli asing-asing?
Erm, kenapa ya? Sebab ada terbaca comment seseorang, ia menyukarkan proses nak tukar hosting nanti. Jadi sebab tu la beli asing2.

Semalam beli RM10 setahun je dari SyokHost. storage 130Mb, Nak try je dulu.. tak sangka pulak exceed storage. HAHA. Kalau setakat buat website blog cukup la kot 130mb tu, tapi nak buat online shop, jadi tak cukup. backup lagi. UPGRADE? Senang je nak upgrade.  kalau semalam dah bayar 10. nak upgrade yang power punya RM49, nanti dia tolak je RM10 tu. :D

Btw, untuk blogger2 yang nak tukar domain ke .com cuma RM4 sahaja :D 
 Murah je kan? Jom support syarikat orang melayu ya ! :D

----------------------------------------------------------------------------------------------

semalam install open cart. godek2 tak dapat langsung nak install theme dia. haish bengang je. dengan meleleh hingus. selsema + demam
hari ni tukar prestashop. rasanya macam lagi byk function dari opencart.
hehe senang dan mudah!

:)

. assalamualaikum.

Thursday, July 11, 2013

coret#8


Tetibe rasa sensitif pulak.. haha
Lagu ni ditujukan buat bakal suami yang masih kabur mencari aku suri hidupnya. hak hak

Lirik Lagu Hanya Aku - Hyper Act
Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Wednesday, July 10, 2013

Darjah 2 solat tarawikh 20 rakaat

     Semalam, rasa pelik, tiba-tiba, adik sepupu mendekati. macam dia nak dekat selalu. gitu lah. waktu nak pergi tarawikh. Syuhaidda aka Aida, anak nombor dua. mak usu kata dia ni cepat je tau main game, siap boleh ajar lagi. kalau bab komputer n tech pun dia cepat paham. hehe sebijik perangai macam aku, anak nombor dua la katakan :D tapi baru darjah 2....

Ni la aida, aku ugut dia, kalau xnk amik gambar, aku xbagi main game henfon balik nanti. wakaka
     Sampai kat masjid malam tadi, diorang (adik aku n aida) berebut nak duk tengah. biasalah budak2 nak perhatian n nak jadi the best je kan. yang paling bestnya dia kata nak solat tarawikh 20 rakaat. adik aku kat sebelah sibuk menghasut "aku nak buat 8 je, ko nak berapa". tapi dia balas "20.. xpun ikut kakngah (aku la)" tak sangka aku.

     Tengah solat, spoiling betul la makcik2 kat depan, kenapa lah tak rapatkan saf,, T_T sewaktu solat boleh je bergerak rapatkan saf. Terpaksa aku tinggalkan adik sepupu aku kat sebelah nak rapatkan saf. (dalam hati, biarlah Allah boleh pelihara dia) Dah 12 rakaat, aku pergi belakang, takut dia stop, tapi dia xstop. Dia buat sampai habis, sampai witir. Kat situ takde pun budak2 kecik yg sebaya dia ikut sampai 20rakaat. Adik aku yg darjah 3 pun tak macam tu.

     Lagi satu, pak imam ni baca cepat sangat, 20 rakaat pun tapi kalau xde kualiti xde maknanya kan.. sujud n rukuk dia cepat sangat. better buat 8 je pun, tak payah nak kejar2 masa sangat. Bukan terlalu pendek, bukan terlalu panjang pun, sederhana dah cukup. Memandangkan orang-orang tua yang banyak jadi makmum, elok dipendekkan, oklah  kan. tapi isyak malam tadi suara imam tu best sgt... tambah2 khusyuk.
--> more Tarawikh kuantiti vs kualiti


Nak kongsi sedikit, video keindahan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, senyuman yang membawa cahaya ^_^


Tuesday, July 9, 2013

Esok puasa. 30 hari lagi raya :D

Esok raya puasa. yeah! bermulalah episod rindu XD
rindu pada sifat yang tersembunyi dalam diri.
Orang kata waktu puasa la semua sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita dapat kita lihat
Selepas itu, boleh la kita baiki lagi mana yang kurang kan? 
:) Selamat berpuasa dan bertarawikh.


Niat puasa ya malam ni jangan lupa :D

Monday, July 8, 2013

Berita TV3 yang mengatakan Dr. Morsi Diktator

Maafkan saya, memang ada satu entri yang saya buat tanpa saya selidiki dahulu. Tapi hari ini, ada rakan saya yang kongsikan rakaman video TV3 -Elly Iskandar yang menyebut Morsi Diktator. Namun demikian, beliau menyampaikan bahawa "ada pihak yang mengatakan..." lebih kurang macam ni maksud ayat dia,, Morsi dilantik secara demokrasi namun mengamalkan pemerintahan diktator.

Tapi di akhir ucapan beliau, saya ada sedikit kesangsian.. "Macam tu serupa tak payah amalkan demokrasi". Allahualam. Husnus zon lebih baik.. Maaf T_T

video credit to Jasni Lee

Rugilah kalau bagi free pun tak nak kan. :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, July 7, 2013

Buku dan aku; aku dan buku

Bila nampak buku best rasa macam nak beli pun ada. xtengok cover lagi. asal ada orang quoteor recommend je, rasa terus nak baca buku tu. tapi aku bukan jenis :

1. Terus baca balik nanti
2. Baca sampai habis

Dua-dua sikap ni takda dalam diri aku.. Aku ni sangat bukan ulat buku. Aku suka buku tapi tak suka baca buku. Suka memiliki, tapi tak mengeksploitasi. Sikap suka melepaskan batuk di tangga ni sukar disingkirkan. Lagi-lagi bila ada komitmen lain. Contoh: online bisnes, aktiviti, committe, game, dan segala bentuk kerja sampingan yang lain.

Maka banyaklah buku-buku yang aku miliki belum baca ^__^

Kat library, amik buku banyak2

Tak sampai 10 minit muka dah sleepy
^__^ takpe, usaha lagi =) buku-buku tu nanti insyaallah akan dihabiskan juga... bukan kuantiti buku yang kita baca.. tapi kualiti penghayatan kita pada isinya... Buku yang baik adalah buku yang boleh mengubah pemikiran kita ke arah yang lebih positif.

Saturday, July 6, 2013

Kita bukan kawan dah..

Betul ke keputusan aku buat ni. Betul ke aku takkan cari dia lagi? Betul ke aku boleh lupakan dia?
Dia suka main bola petang2...
Dia suka sangat dengan Heliza..
Dia suka pergi kedai bila mak dia suruh..
Dia suka membebel,, tapi bermanfaat.
Dia suka senyum, n layan je cerita aku..
Dia kelakar.
Tapi...
Dia dah tak suka aku...


Bila dia menjauh dari aku, ni yang buat aku sedih sangat. Secara tiba-tiba. Aku xfaham kenapa. Bila tanya, dia kata takde pape.
Aku tak tau la kenapa sensitif sangat. Saat ini aku rasa, aku dah taknak fikir lagi soal ni. Aku akan anggap kita tak pernah kenal. Tak pernah kawan.
Ah tak matangnya aku. T_T tapi kalau ni yang kau nak. Aku akan ikut je haluan kau... Mulai saat ini. Aku harap kita takkan bertembung, biar di alam maya sekalipun.
Untuk kau :
Aku nak sangat dengar cerita kau lagi. Borak2 dengan kau. Dengar nasihat, kata2 semangat dari kau... Xpelah. Aku akan pergi.
Dah dua kali macam ni... Tiba2 je orang yang aku rapat menjauh. Tanpa ada apa-apa sebab. Tanpa angin ribut taufan.. Kalau tak suka cakap. -_- jangan bagi aku pikir negatif pasal diri aku.
Terima kasih kerana hadir sekejap dalam hidup aku. Bye.

*UPDATE*
Baru je terfikir nak tanya dia dah ada girlfriend ke.. sebab biasanya lelaki menjauh sebab adanya komitmen dalam percintaan. he he
rupanya dia tengah berkenalan dengan calon isteri dia. orang sabahan.. semoga berbahagia.. Sedih lagi? Huhu sampai hati dia xbagitau aku pun..... terasa.... rasa sedih macam kita ni bukan 'orang penting' bagi dia. huk huk. dalam masa yang sama, rasa bahagia... rasa lega sebab segala persoalan dalam dada dah terjawab. lepas ni memang xkan contact dah dia lagi.....

lepas ni turn aku pulak. hai siapa nak berkenalan. ^_______^ puii.

Copy | Fizik Merungkai Kepentingan Solat Berjemaah


Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. 


credit to Islam Agamaku

Friday, July 5, 2013

Freebies✦Salam Ramadhan Upin Ipin

Sempena Ramadhan yang bakal tiba ini, saya dengan rendah hati ingin berkongsi satu gif yang tak berapa...
Gif comel upin ipin kat sebelah tu ^_^


Tak susah pun :)

1. Cari kod </body> dekat Template>Edit HTML
2. Paste kan kod di bawah ini selepas kod </body>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:0px; right:0px;'>
<a href="http://shafiqah-norshahfandi.blogspot.com/2013/07/freebiessalam-ramadhan-upin-ipin.html" target="_blank"><img src="http://i46.photobucket.com/albums/f148/ae-pik/upinramadhan_zpsea4c1e20.gif" border="0" alt=" photo upinramadhan_zpsea4c1e20.gif"/></a>
</div>


Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna pada kita :)

Maher Zain - Ramadan (Malay - Bahasa Version) | Official Music Video

Sayu rasanya menantikan ramadhan yang bakal tiba... Apakah aku masih sempat :"(




Freebies✦Kucing comel gif

Godek-godek Photoshop. Jadilah kitty yang kiut ni. 
Asalnya nak buat bende lain.tapi jadi bende lain. 
Hee first freebies untuk semua. 
Kitty yang comel ni dilepaskan untuk anda :) 
Jaga baik-baik ya :)



macam mana nak amik? senang je. copy code dibawah, 
<img src="image URL" border="0" alt="freebies SN"/></a>

paste kan ke widget anda, 

klik kanan pada image. copy image URL dan pastekan di text warna biru.
Teehe ^_^

✦✦✦✦✦✦png pula✦✦✦✦✦✦



Isu Penggulingan Dr. Morsi

Terkini memang isu penggulingan Dr. Morsi diuar-uarkan dalam media massa terutama facebook & laman web. Apa yang menjadi persoalan, kenapa TV3 cakap Dr. Morsi Diktator? Seolah-olah mereka hanya menerima berita daripada sumber kafir. Atau sebenarnya TV3 dijajahi oleh orang kafir?

........................ini semua salah sangka ---> Video TV3 Dr.Morsi diktator........................

Memang ramai sahabat update pasal ni. Mungkin di Malaysia kurang pendedahan tentang rampasan kuasa ni tapi sahabat muslimin & muslimat di Mesir sudah biasa dengan huru-hara di sana. Penggulingan ini boleh dikatakan secara tiba-tiba.... berita cuma boleh dilihat 24jam daripada masa penggulingan.. Tiada siapa menjangkakan penggulingan Dr Morsi secepat ini. Semuanya dalam rencana Ilahi.

Siapa Dr. Morsi ini? Tak kenal maka tak cinta. Yang paling mengenali beliau- isterinya... Dr. Najla Mahmud mendeskripsi siapa sebenarnya Dr. Morsi.



***************

Saya suka membangkitkan isu syria. Terfikir sejenak, adakah derma sekali sudah cukup? Biasa bagi pelajar universiti, pasti ada kutipan derma untuk Palestine & Syria mahupun Rohingya... Persoalannya, adakah kita rasa sudah cukup nilai seringgit yang kita derma untuk kali pertama? Saya sendiri merasakan hal ini pada mulanya, namun saya terfikir sejenak... mereka hingga saat ini memerlukan bantuan kerabat, bantuan saudara-mara, bantuan ahli keluarga... siapa kalau bukan kita saudara mereka. Kitalah saudara paling dekat dengan mereka. Kita yang menyebut kalimah "Laa Ilaha Illallah" yang sama. Kita membuat rukun yang sama. Hati kita membisikkan rindu yang sama... Malah kita berkongsi kekasih yang sama- Allah. Biarpun jarak memisahkan kita, tapi kita memandang langit yang sama. Langit Ilahi. Langit yang Allah ciptakan untuk kita.

Dermalah untuk saudara kita.... Dermalah demi agama kita.... Dermalah kerana belum pernah ada yang miskin sebab menderma....

Sedikit perkongsian:

Sedih hilang kawan.. sedih hilang customer.. sedih hilang pakwe.. Kita terlalu memikirkan diri kita sendiri. Sellfish. Kenapa kita tidak sedih dengan mereka di sana? Tapi... Mereka tidak sedih. Mereka cintakan syahid.


Wednesday, July 3, 2013

Malang nasib xdapat merasa kek lapis sarawak T_T

Allah... Sedihnya.. kek lapis sarawak dah berkulat... :"( Dah lama dah dia beli dari 22JUN. sampai sekarang tak post lagi.. seminggu lebih.. huhu... Memang xde rezeki laa :"( nak wat camne...

sayang

*Update*
Aku dikhabarkan menerima tempahan sticker sebanyak 51... Ya Allah memang itu satu rezeki tapi mampus la nak buat. xpe2.. fighting!!

contoh sticker yang aku wat

Once you fail, u'll become the expert.

     Memang tak boleh nak salahkan sapa-sapa dalam hal ni. Ya, memang aku yang tidak professional. Menghampakan pelanggan T_T  Hangpa hampa, aku pun beratus kali hampa jugak. Customer hilang, profit hilang n trust yang amat penting tu berkecai. Habis page aku dia UNLIKE sekali.

     Ini satu pengajaran buat aku. Terima kasih ya Allah andai ini takdirnya. Kau hilangkan sebahagian, tapi kau gantikan dengan yang paling berharga. Pengalaman & pengajaran. Lepas ni memang aku xamik dah order daripada dia. Ya, sebab dia ada kenduri, semua msg aku dia xreply. Sengsara. 

     Adatlah kan, bisnesman mana yang tak pernah lalui pengalaman ni. Ni semua perencah untuk menghasilkan sebuah kejayaan. :") Aku takkan mengalah! 

Aku akan teruskan jugak bisnes ni. Biar dicaci, dihina, aku kan tetap segar, mekar dan bersinar......
terubat segala keresahan
Semalam, tengah serabut fikir, nasib baik ada adik yang order sticker mintak gambar doraemon, upin ipin.. terima kasih kerana membuat aku tersenyum :D 

Once you fail, u'll become the expert.

Tuesday, July 2, 2013

Ya, aku gamer tegar.

Game? Tak ramai perempuan yang suka main game. Kalau main pun setakat main game kecik2 macam candy crush, ataupun game kat henfon... subway surfer... yang mana trending la kan..

Tapi, aku suka jugak main game macam tu.. tapi aku ada minat yang tersendiri. Senang cerita aku suka main game simulation. Contohnya game, The Sim (1,2,3) n expension.. Hotel Giant, Restaurant Empire, Virtual Families, Virtual Villagers,.. hak macam tu game yang aku suka. Aku kurang gemar main game shooting & action. Walaupun aku kaki game, aku tetap berjiwa perempuan. haha.

Sebenarnya nak kongsi satu game yang menarik. Bukan satu game je, banyak game tapi producer yang sama. Presenting my favourite developer...



English version, japan version pun ada.
Game ni hanya ada untuk android & iphone je.
Tahniah untuk perngguna android n iphone.
Nokia xde, sori.. n platform yang lama-lama pun takde.

Senang cerita aku dah main semua game keluaran Kairosoft ni :D
Dah ada koleksi jugak. Pandai2 lah cari free full version.
Kalau nak try dulu boleh la cuba download Free Lite version kat Play Store.

Antara yang best.
First game aku main
Mega Mall Story
(Open your own great shopping store)
hew hew hew. 

Lain-lain:

Best bagi aku, 
The Sushi Spinnery (agak susah bagi aku yang jarang makan sushi ni)
Pocket Clothier
World Cruise Story
GameDev Story
Cafeteria Nipponica (sekarang aku tgh main. repeat. haha)
& nak ikutkan semua aku suka.. 

semua offline game kecuali Dream House Days. Kene ada kawan baru senang nak main.
Hope, bagi yang tak pernah kenal Kairosoft tu, sila lah cuba :) game yang simple je tapi susah. cepat bankrupt. link kairosoft
he he he

*waiting for new game. cepatlah wat game baru. huhu*

Monday, July 1, 2013

Cenderahati dari Mesir daripada Vlogger Qawiem :D

Salam, baru-baru ini teringat tentang contest komen terakhir untuk satu post daripada page Qawiem Khairi sempena pulang ke tanah air. Vlogger Langit Ilahi. Aku pun cuba-cuba la mana tau boleh dapat. hehe. dan..... bila last-last tu memang semangat gila ni tunggu QK bila nak sampai Malaysia ni.. tak sabar nak tau pemenangnya. lama tunggu. tak stop2 komen tu. berlawan dengan Nuruddin ni. sebelum tu ramai jugak. tapi diorang dah give up. last skali kami dua orang dapat XD

hadiah apa itu? 

Tak pergi TeenAce. pada awalnya aku cuba dapatkan tiket percuma Langit Ilahi. Hashtag #TeenACE tapi dah give up. sebab rasa macam malas pula. huhu maka tak dapat la nak menuntut cenderahati Qawiem Khairi.. T_T

pengumuman pengumuman ^_^
Bila agaknya boleh tuntut ya. ^_^ malulah pulak i. hahaha. dulu bukan main excited. ceh. ada rezeki satu hari nanti dapat la jumpa vlogger terkenal tu... hehe

#start tengok vlog dia dari V5-Sudikah Awak...


terus terpikat. ecece tipu je. terus tersentap. haha. very good vlogger :)



Guru tak bergaji. haaha


Alamak lupa pulak nak selesaikan problem adik aku...
Dia dah hantar lama jugak tapi lupa plak nak wat.. sumimasen..
jum kita wat sama-sama ya.. No 7.

hover to zoom

Aku confuse laa. ni soalan matematik ke soalan fizik ni? Kalau fizik sori lah dah tak ingat dah.

Baca soalan: okey, faham, dia cakap pasal bola tu melantun balik setinggi 3/5h cm, h height=120cm dan dilantunkan daripada bangunan setinggi 120cm. (pendek je)

Soalan a) alahai nak guna formula apa pulak ni,,.. arithmetic ke geomatric ni.. haha okay senang je ni,,,

ni geometric progression ni. formula ar^n
a=120
r=3/5
a_1=120
a_2=120*3/5=72
a_3=72*3/5=43.2

jawapan a) 43.2cm

Soalan b) fuh rasa tough ni.. dia nak cari jumlah jarak bola travel kan?

<--- guna formula ni


s_10=120(1-(3/5^10)/(1-3/5)= 298.186

tapi tak rasa ke dia kene tambah lagi sebab dia akan melantun kebawah kan... 298.186-120= 178.186

jawapan b) 298.186+178.186= 476.372cm

Soalan c)

<--- guna formula ni


S∞= 120/(1-3/5)= 300cm

jawapan c) 300cm


Done! :D
kalau salah maafkan gua.. gua enggak expert..

Sunday, June 30, 2013

Template circle baru

Template ni hasil kerja sehari je.. hehe cepat kan siapnya..


asalnya nak buat macam telur dinasour. hhehe tapi makan banyak sangat pulak space kat atas. jadi buat ni je... :D
kemas sikit nampak...

Amali Lesen L


Haha, dah lama la jugak benda ni..
Belajar Amali sorang2.. dengan cikgu RK. (indian)
Mula2 dia ajar bukak n pasang tayar. Dia tanya nak belajar tak.. nanti senang.. Aku cakap, kalau nak ajar pun boleh... Pastu dia pun suruh la aku bukak nat n tayar tu. piston tu pulak aku naik n turunkan sendiri. penat wo. first time kan. semua dia suruh buat sendiri T_T. tapi takpe.. nanti senang..

Teringat pulak kes tayar pancit waktu outing haritu. malam2 lak tu. memula rasa cam gedegang gedegung.. kereta tak best je jalan... pastu tetbe orang bagi signal kat tayar. rupanya tayar pancit. time tu semua tak tahu nak buat apa. si syera n una pergi tanya pakcik polis tu, ingat boleh la mintak tolong.. rupanya harem. sekali, ada sorang pakcik botak ni, sempoi je.. tapi dia tolong kitorang... daripada pakcik polis tu... huhuhuhu (kawan aku syera ni ayah dia polis, jadi mesti dia terasa kut).

ok lepas tu uncle RK ni start ajar memandu.. dia suruh aku bawak... belajar control stereng yang berat tu. nak belok je kene cepat2 pusing stereng. mampus T_T. lenguh2 tangan n badan balik rumah

lepas dah boleh control tu dia terus ajar test jpj... ni baru amali kot. belum pun dapat L lagi.. huhuhuhu... naik bukit,, berapa kali aku brake xmasuk petak kuning tu.. apsal tah. takut sangat agaknya. hahaha

3 penjuru plak, banyak kali dia ajar suruh slow.. time tu xreti lagi control clush. ni dah reti dah... hehe n side parking, yang ni okey la gak.. tapi tak perfect lagi... ada jugak yang aku tak ingat. hahaha. sorry cikgu, aku slow sket. yela, dia pergi ajar gilir2.. mana nak ingat. lepas naik bukit, side parking pastu 3penjuru... ulang balik tiga2 tu... cuba ajar satu2 dlu,,baru la sng masuk.. huhu

cerita pasal uncle RK ni, dia dah pencen dah, tapi dia xleh duk diam, muka pun nampak mcm 40an lagi. rambut hitam lagi. hehe. aku tanya la apa rahsianya... dia kata dia jaga makan... pastu dia salu g gym dlu.. bagusla unlce. maintain cool.. hehe,,, banyak dia bagi tips nak lulus ujian jpj... banyak dia letak tanda2 tertentu..hehe macam garisan hitam, kuning n mcm2 lagi.. pastu dia kata, dia baru je tanam pokok kat depan tu.. untuk side parking. hahaha. tambah lagi, dia cakap, ramai orang melayu nak suruh dia ajar. sbb semua lulus.. aku harap pun lulus la nnt.. haha.

cuma malas nak g kelas pertama... nanti dlu la... huhu takut lupa... tapi kalau leh nak habiskan 4jam sebelum puasa... nanti takdelah penat sangat. huhuhu. nanti raya lagi mesti dah xingat. huhuhu kalau test before raya leh tak.... :D

sekian sahaja. selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)

Saturday, June 29, 2013

Mereka sangat menghiburkan.

Weekend. Hepi untuk semua orang. Lama tak dengar gurau senda adik-beradik. bila berkumpul jadi riuh benar! hehe. sedikit sedutan minggu ini..

A-adik lelaki (form3)
B-adik perempuan (darjah3)

A: buat nasi goreng
B: xpayah
A: buat nasi goreng !!
B: dayana tak suka nasi goreng
A: abg suka nasi goreng!

T_T oh adik-adikku

A: bila nak masak brocolli? Letak kfc punya tepung. goreng.
........xpun buat salad ngah....
B: oh buah epal.
A: bukan epal..sayur-sayuran!
........mak...suh angah buat brocolli goreng. dahla mahal brocolli
pastu ada kacang peas plak tu.... kcg peas sdp...

aku dengar jelah. XD


Wednesday, June 19, 2013

Nakhoda Duniawi


Aku mungkin tidak sepintar doktor
Mungkin juga tidak sepetah peguam
Juga tidak setulus guru
Yang tersirat dalam benak
Yang terpinggir dalam hati
Tercurah seperti air keladi
Kerana ilmu itu mutiara sakti
Memberi untuk menerima 
Menerima dan memberi
Carta aliran abadi

~prof.aepik~
LOL

Wednesday, June 12, 2013

You are the best

Aku gembira dengan kau
Aku suka borak dengan kau
Sangat rapat.
Kita bebas borak tentang apa saja
Tapi tak lama
Kau mula menjauh
Hingga aku merasakan
Seolah-olah kita tak pernah kenal
Mungkin sebab kita hanya kenal di alam maya
Kenapa kau berubah
Kalau aku bersalah, tolong maafkan aku.
Kalau aku boring tolong jangan buang aku.
Tiada teman sebaik kau
Tiada teman senakal kau
Tiada teman yang boleh menggantikan kau
Mungkinkah selama ini aku bermimpi
Kalau mimpi tolonglah jangan kejut aku dari lena ini
Biarkan aku berfantasi
Terus mengejar pelangi hitam
Aku mahu kau yang dulu
Menghiasi inbox aku selalu
#terima kasih kerana membahagiakan aku walaupun sementara.
T_T

Friday, May 31, 2013

Coret#7

Memang best kalau hidup ini adalah angan-angan. Kita bebas untuk mengekpres diri kita bagaimana yg kita inginkan. Apa yang dihajati, diingini pasti tercapai. Umpama dalam novel. Hukhuk
Hanya insan yang lemah dan kosong je yang tidak mau bangun dari mimpi indah...
T_T Aku pun ingin bermimpi. Bermimpi, dan terus bermimpi.
Menolak realiti. Ah
Rasa nak makan kek je. T_T
Rasa tensen ke down ke...
Mesti akan wat keje gle.. Contoh cam order pizza tetbe. Huhu.
Awwww...

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!