Monday, May 13, 2013

Krisis cinta - mematikan atau mati

     Assalamualaikum :) hari ni rasa terpanggil untuk bicara soal cinta. hakikatnya banyak lagi kerja yang nak kena buat. ok i try to make it short.. ni semua selepas angguk-angguk dengan post seorang blogger. Ana Hafizah OPPS. mmg menarik sangat. banyak soal cinta.. ngee tak dinafikan aku pun mmg suka layan jiwang. kwuang3. lagi2 kalau tengok drama korea. :P


     Semua orang tak lari daripada krisis hati, - C I N T A. Cinta ini adalah penyakit sebenarnya. penyakit hati. boleh membawa maut! Ia hadir tanpa sedar, tidak boleh dipaksa, sukar juga untuk dipupuk. Ia hadir bagai angin lalu yang membawa virus rindu, resah, dan seribu perasaan lagi.. rasanya tak perlu nak senaraikan,, anda semua pernah rasa kan? Ya ia hadir dalam mimpi, dalam minda sedar dan separuh sedar. Ia juga kadang diselitkan dengan yang dinamakan "jodoh". Bertemu tanpa dirancang. Beradu mata tanpa keinginan. wow dan macam2 lagi.... Percaya atau tak percaya, semakin di layan, semakin kuat, semakin tidak dilayan, ia akan menjauh.... Di situ bermulanya permainan asmara. dari mata turun ke hati.

     Adik-adik, abang2 n kakak2.... perasaan cinta itu adalah perasaan suci yang dianugerahkan oleh Allah. Tak salah mencintai kerana Dia yang memberinya. cuma jangan dicalit dengan warna dosa.... cinta yang benar haluannya membawa ke syurga, manakala cinta yang tidak mendapat redha Allah akan pincanglah ia... Jadi nikah adalah pelengkap cinta dan segala perasaan yang menggunung tu........ perasaan membuak-buak itu. kalau disimpan lama, ia boleh meledak. lepaskan ia di saluran yang betul. TV-alhijrah. eh bukan.

     Subhanallah, indahnya perasaan cinta itu. Apabila kita mengasihi seseorang dan sentiasa ingin membahagiakan dia walaupun diri kita tidak sempurna. Kita akan cuba yang terbaik untuk melihat dia gembira. Namanya tidak putus2 dalam doa kita...

     Namun kadangkala, cinta ini boleh membuah menjadi kanser. Di mana situasi kita hanya bertepuk sebelah tangan. Si dia tidak bersedia menerima kita, atau mungkin juga dia sudah terkena penyakit cinta yang mana mangsanya bukan kita. Saat itu, kita hanya boleh ungkap kepada diri kita "bersabarlah wahai hati..." Nasihat saya berdasarkan pengalaman....... mungkin dia bukanlah insan yang boleh membahagiakan kita atau  mungkin ada insan yang lebih baik lagi.

     Firman Allah " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

     Berdoalah agar segala yang terjadi di atas bumi ini ada hikmah yang besar untuk kita........

mata dah ngantuk. undur diri dulu ya. wassalam.


0 comments:

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!