Friday, October 18, 2013

Aku diet nak sihat bukan setakat kurus

Sebelum tu nak state dulu..
Aku takdelah kisah sangat kalau gemuk. berat sekarang 68kg WTF
Dalam masa seminggu je. sebelum ni berat aku 58kg. 10kg naik sebab apa??

Sebelum masuk biasiswa YBR (Yayasan Bank Rakyat), aku seorang yang sangat berjimat cermat, kedekut, kawal nafsu..

Waktu tu sangat susah. Nak beli makanan RM3 tu pun rasa macam sayang sangat. duit tak ada kan waktu tu. sejak tu aku selalu makan oat je. kalau lapar, buat oat 3in1 (brand quacker perisa vanilla). Lama jugak dekat 2 bulan hidup sengsara. berat pun turun 2kg (58kg).

Bila masuk YBR je... alhamdulillah. nafsu makan aku sangat-sangat meningkat. macam tak makan seminggu. dah feberet aku kek moist coklat Anis Bakery tu. Masuk je duit, hari-hari aku makan kek tu. kadang sekali sehari, kadang 2 kali sehari. tup tup berat aku tetiba naik kau 68kg waktu nak habis sem tu. tambah lagi nak raya. duduk rumah makanan memang penuh lemak jela. haish. aku rasa dlm seminggu dua je aku dah naik 10kg. gila kau. orang nak turun 2 minggu 1kg pun payah. aku naik 10 kg. seluar pun sendat. baju kurung pun dah ketat. adoi..

Memang sedap kau. meleleh leleh krm dia. 


sebab apa? sebab kek banyak gula n banyak lemak.

sekarang aku tengah fikir nak ikut diet yang mana. Atkin ke Kevin Zahari? aku bukan setakat nak kurus. tapi nak jugak sihat. haritu timbang kat herbalife. lemak organ aku tinggi sangat. HERBALIFE? hurm. kos agak tinggi jadi aku nak try diet2 yg free dulu.

Atkin
-haramkan pengambilan karbohidrat seperti roti, tepung, nasi, mihun etc
-tak perlu exercise pun
-inch loss
-pentingkan pengambilan air yang banyak (sama macam herbalife)

Kevin Zahari
-Makan makanan kalori rendah n portion nasi segenggam.
-banyakkan exercise untuk bakar kalori
-guna pedometer. haha banyakkan langkah

Melalui kawan herbalife aku, lemak organ susah nak dibakar walaupun kita exercise. aku punya lemak biasa taklah banyak sangat tapi lemak organ berada di tahap yang sangat merunsingkan. tapi boleh kurangkan dengan pengambilan air yang banyak n jaga pemakanan + nutrisi dia. (shake)

Pernah la jugak terfikir nak consume shake. tapi malas.haha. pagi2 sarapan penting bagi aku , penting juga bagi herbalife. tapi sekarang oat aku oat mentah bukan 3in1 jadi aku sangat malas nak sarapan. OMG

rasa nak amik je sebab shake kan senang, tak perlu air panas. huhu. just masak air biasa je. nampaknya aku kene fikir balik sarapan apa yang aku sesuai ambil. dulu aku makan oat 3in1 tu la sarapan hari-hari.

nak diet, nak kurus, nak sihat.

Banyak benda nak fikir. T_T ok aku akan abaikan bisnes buat sementara waktu.

aku nak cari pedometer sat. nk buy online je.




0 comments:

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!