Thursday, February 20, 2014

Alahai business...

Assalamualaikum..
hmm haritu diet Atkin tahan 4 hari je.. sbb rasa tak bermaya sob3
lepas ni nak kurangkan makan ayam... nak makan seafood.... oh seafood.

Pernah dengar diet ikut jenis darah? Darah aku AB so benda yang boleh makan wheat, rice, egg...pineapple..n lain2 lagi... tapi aku kene elakkan daging..macam ayam, daging kambing.. yang boleh pon cuma lamb n ape ntah lagi. tapi tak digalakkan makan la sebab darah AB ni acid kat perut sikit, jadi susah nak hadamkan makanan lagi2 daging.. jadi kena elakkan laa..

berbalik kepada business. baru lepas order tudung akel paisley 2 kodi. hehe. walaupun sebelum tu gaduh dengan supplier tu. hak hak. business n personal tak boleh campur.. hoho.


pantang online je aku mesti fikir pasal business. nampak chicken chop, nak jual chicken chop.. nampak shawl nak jual shawl.. ape laa. betul la kata Far** aku tak konsisten buat business. Tengok la business aku semua tak stabil. baru berapa bulan dah tukar business lain.  aku rasa kan... aku buat business setakat nak beli dgn murah je. erk.

hmm oklah ade keje nak buat. ni pun malas je nak update.

Wednesday, February 19, 2014

Mesin Jahit Idaman Aku

Tadaa! Dah sampai pun mesin jahit aku ni,,, terima kasih pakcik gdex!
Kalau nak tahu ni la mesin jahit yg aku beli daripada lazada. Boleh tengok entri sebelum ni kakau nak tau pasal mesin jahit ni. Lama tunggu dekat seminggu jugak kan. Yela, thaipusam lagi, cuti weekend lagi. At last dapat jugak hari ni...
Boleh pulak dia balut dengan plastik transparent aje. Cess. Xpelah, xde yg rosak pun. Hehe. Excited kau jah..
Ape lagi, terus bukak dan terus try. Dahla tak pernah guna. Mesin jahit kat rumah ni lama punya. Guna manual je. Yang ni elektronik tak pernah try lagi. Huhu. Sekali guna stuck. Benang tergumpal. Rupa-rupanya sebab benang pasang tak betul. Cess. Pastu bila nak masukkan bobbin, konpius camne nak masuk ni. Hoho. Search tengok kat youtube, nasib baik ada.
Mesin jahit ni multi purpose, ada banyak jenis jahitan, ada pedal foot, n siapa ada lampu lagi. Kelas gitu... nak dapat mesin jahit ni susah. Kat lazada asik out of stock je. Huhu
Ni lah hasil pertama daripada mesin jahit baru aku-Tuti (nama dia aku bagi).. aku xdek inner tudung, jadi aku pun buat la satu... memang la biasa je... herot berot. Aku bukan pergi kelas menjahit pun. Setakat belajar daripada kawan mak tu pun dua hari je.
Nampak tak koyak tu..? Sebab aku jahit dulu baru api kan. Huhu T_T
Next project: seluar tidur.
Kene beli fabrik dulu. Hehe tak sabar nak bawak u nanti. Banyak baju2 koyak nak jahit.
C u again next time :)

Monday, February 3, 2014

Day 1 Diet : Jangan sampai tertewas

Harini hari pertama aku diet atkin. Hehe. Pagi2 dah sedia telur rebus sebiji. Air dah minum 1 liter. Tengahari makan ayam goreng +ikan keli goreng. Wah. Kenyang sangat2 sampai rasa nak muntah. Lain kali beli satu makanan je. Huhu

Petang pulak makan telur rebus lagi sebijik. Huhu. Aku rasa telur rebus memang best, tp bau dia,, huhu.. muak +mual.

Puku 4.30 petang kuar g Kuantan Parade. Haha, banyak den bakar lemak. Almaklumlah, KP ni besaq na... sesat lagi.. dah tak ingat jalan nye. Sempat la kejap buat akaun maybank. Hehe.

Kawan order coolblog dengan mexico bun, huhu sedapnya... nampak cupcake comel lagi.. memang hati dah parah dah. Nasib baik nampak lalat kat mexico bun tu terus tak kempunan nak beli..

Sekarang ni kat KFC. Wuhuu. Nak je cuba golden wrap tu.. tapi takleh, kalau hari pertama dah tewas, macam mana hari2 seterusnya.. kene kuat. No cheating! Clean diet. Wuhuuu. 2minggu je tak lama okay. Be strong....

Kawan order KFC, tapi nampak tak mineral water tu, aku minum tu je.... sob3

Saturday, February 1, 2014

Matlamat aku masih kabur.

Aku tanya adik aku apa rahsia kejayaan dia dapat 4.00 flat kat matrik. Dia kata aku kene ada matlamat. Apa matlamat aku?

Aku sendiri masih kabur. Dulu memang aku tetap nak jadi programmer, tapi baru2 ni, dapat result programming b+ je. Hurm, sebab aku xfaham teori dia. Tapi aku terel buat program (ceh perasan)

Bukan perasan tapi perasaan. Aku rasa macam tu laa. Sebab aku bukan rajin sangat membaca. Tapi buat aku suka.

Sekarang aku kabur. Apa matlamat aku belajar... apa matlamat aku hidup. Adakah aku hanya ingin mengejar kemewahan? Memang yang ni aku sedang rasakan. Aku ingin jadi kaya. Adakah dengan kaya sahaja aku mampu tolong orang lain?

Persoalan yang tiada jawapan.

**Hepi besday abah**

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!