Saturday, May 11, 2013

LBGT- Dimana Kesudahannya...

     Alhamdulillah pagi tadi bangun awal. Pergi ke seminar Parenting awal :) Sepatutnya hari ini ada program motivasi bersama Amin Idris namun program ini ditunda ekoran terlalu sedikit penyertaan daripada pelajar IIUM Kuantan sendiri dan terlalu banyak kekangan lain seperti seminar dan presentation. Memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir untuk buat sebarang aktiviti, jadi banyaklah program2 menjelma saat2 akhir.

     Alhamdulillah tadi diberi kesempatan untuk mendengar luahan dan pengalaman seorang maknyah dalam satu slot kat Grand Hall tadi. Daripada apa yang dikemukakan, golongan maknyah/bapuk ini merupakan golongan yang tertarik pada kaum sejenis (lelaki) dan mempunyai jiwa yang lembut dan sensitif. Prof Samsun mengatakan bahawa tiada kelainan dari segi hormon maknyah dan lelaki biasa. Paras hormon testosterone yang mereka ada semuanya sama cumanya ada beberapa maknyah yang mengambil hormon perempuan untuk menjadi lebih "perempuan" seperti pil perancang keluarga dan sebagainya.


     Sesungguhnya golongan maknyah/bapuk/gay ini dilaknat oleh Allah. Firman Allah:


“Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” (Al-Ankabut : 28)

Lagi dalil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Allah melaknat siapa yang berbuat dengan perbuatannya kaum Luth”. (Riwayat Ahmad)


     Mereka tidak ingin dilahirkan sebegitu, malahan tiada ibu bapa dan keluarga yang inginkan mereka jadi begitu. Mungkin ini dugaan berhikmah yang diberikan Allah kepada mereka. Luahan daripada Hj Bakri , bekas maknyah + penagih dadah. Naluri keperempuanan yang ada pada mereka kebanyakannya dapat dilihat sejak kecil dan sewaktu zaman remaja lagi. Keadaan ini berlarutan disebabkan kurang mendapat kasih sayang dan didikan agama. Katanya lagi, sejak kecil dia tidak suka berkongsi tandas dengan pelajar lelaki. Keadaan perit yang dirasakan membawa kepada jalan buntu apabila dia tiada tempat untuk mengadu. Akhirnya, di lorong itu dia melepaskan pekung di dada yang selama ini ditahan dan disimpan sahaja dilepaskan kepada individu yang lebih memahami jiwa mereka - golongan maknyah sendiri.

     Di awal kehidupan, wang ringgit dan kebebasan membawa erti kebahagiaan dan kegembiraan. Banyak tempat diterokai, bukan sahaja dalam negara, malahan luar negara sudah tidak asing lagi. Namun hati yang kosong, kian kosong dan sepi. Apa yang dicari selama ini tidak juga ditemui. Hati tetap kosong walaupun wang dan kecantikan dunia sudah berada dalam genggaman. Yang disuntik hanyalah khayalan untuk sementara. Sampai bila ingin meneruskan khayalan berfantasi tanpa menghadapi realiti. Realitinya, mereka adalah insan kosong yang muncul di lorong-lorong "maksiat" tanpa ada keluarga, kerjaya dan cinta sang Pencipta.

     Ekoran daripada rasa kosong yang membelenggu dirinya dan seorang rakan karibnya selama ini, mereka tekad untuk berubah ke jalan yang lebih baik. Esoknya maulidur rasul, hati terdetik untuk ke masjid. Alhamdulillah, mereka diberikan hidayah oleh Allah. Tikar sejadah yang ditinggalkan hampir 20 tahun dihamparkan. Solat 5 waktu dikerjakan secara istiqamah selama 44 hari. Alhamdulillah, hati yang kosong terisi dengan cinta Ilahi. Ditakdirkan juga, mereka berjumpa dengan golongan yang ingin membantu mereka. Mereka mula melangkah ke masjid, bertemu dengan para ulama dan cuba menimba sedikit ilmu. Sejak itu, perasaan mereka untuk berubah sepenuhnya semakin kuat. Malah timbul niat dan keikhlasan untuk mengajak saudara-saudara islam yang masih terpesong diluar sana untuk kembali ke jalan yang diredhai.

     Kini mereka menjadi insan yang lebih bertaqwa dan mengharungi kehidupan seperti biasa. Darjat mereka di sisi Allah mungkin lebih tinggi daripada kita. Ujian yang Allah beri berjaya ditempuhi. Biarpun cacian demi cacian, mereka tidak lagi ambil kisah. Semua itu sudah sebati dalam norma mereka.

     Dan sekarang tinggal tugas kita untuk membantu mereka agar mereka tidak terus hanyut dalam mimpi ngeri. 96% daripada maknyah adalah orang melayu islam. dan bakinya adalah orang islam daripada luar negara seperti siam, indonesia dan lain-lain. Janganlah kita memandang hina kepada insan ini, sebaliknya kita harus membantu mereka kerana mereka merupakan saudara islam kita.



Lorong2 yang dilalui pastinya tidak akan sunyi daripada dugaan dan cabaran.



0 comments:

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!