Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Thinking of opportunity and business.

Almost everyday i think about business and the opportunity to involve in some kind of business.

     Memang banyak bisnes yang bermain dalam minda. Daripada sekecil-kecik bisnes sehingga lah sebesar-besar bisnes. Aku bukanlah membesar dalam keluarga bisnes. Malah almost bisnes yang dijalankan family tak menjadi. tapi aku tak pernah nampak rasa putus asa dalam diri abah. He always think positive & insyaallah rezeki dia akan ada nanti. sabar dan teruskan doa & usaha.

     Aku? Aku sanggup bagi modal untuk my family kalau nak berbisnes. Walhal sebenarnya kadang-kadang aku takut untuk invest pada diri aku sendiri. Aku rasa tak mampu  takut ambik risiko untuk mengendalikan bisnes tu nanti. Why? T_T Aku hanya berani invest bisnes kecil-kecilan n benar2 yakin dengan bis tersebut. I am not brave enough to stand in the business world. 

     Tapi tu lah. minda aku yang tak pernah lupa untuk cari bisnes yang terbaik n sesuai dengan kebolehan aku. Aku pernah pergi satu kem usahawan ni. Beliau kata, bisnes ni bukan suka2 untuk kebolehan kita/sesuai dengan kita tapi sebenarnya atas kehendak pengguna. pening? macam ni. ramai melayu2 hanya buat bisnes yang mereka yakin n sesuai dengan diri mereka sedangkan sebenarnya kita patut membuat bisnes mengikut kehendak pelanggan. (apa yang pelanggan mahu). ITULAH YANG AKU SUSAH NAK IKUT SEBAB TAKDE CONFIDENT DALAM DIRI.

Baru tadi terfikir untuk jual baju muslimah design aku buat sendiri. agak-2 dapat market tak? Melukis pun tak pandai. T_T

Off topic jap.
Tadi terima kad raya+kad besday 2in1. terharu waa. handmade card. Thank you awak. :)

COMEY!!

Haha.. tak sabar nak masuk uia balik.... esok ada kem ybr pula sampai 23hb. 24 wedding abg syera. insyaallah pergi.. 







Sunday, May 26, 2013

memori#1


saya yang pengawas tu hee 

kanak2 riang kelas 3 abu bakar 

Yes, dulu saya sangat sukakan nama samaran... dan saya tidak suka dedahkan nama sebenar saya. Saya lebih gemar jika orang tidak kenal identiti saya yang sebenar, dan saya bebas untuk menyuarakan pendapat dan isi hati saya. Bila saya semak kembali perjalanan hidup saya semasa zaman persekolahan.. Alangkah naifnya saya. Alangkah jahilnya saya dalam dunia ini.

Saya telah menghiasi zaman remaja saya dengan air mata.. air mata tipu- bila saya baca novel dan tengok tv.. air mata betul, bila terasa n sedih dengan diri sendiri, kawan2, keluarga mahupun kekasih? Betapa banyak masa saya bazirkan hanya untuk bercinta?

baju biru comel lote tu asma lina
Saya ingat lagi sewaktu saya berusia 14 tahun, dan saya ada skandal. dan saya rasa sepanjang setahun yakni umur 14tahun tu saya tak ada buat apa-apa.. jauh sungguh untuk belajar. Setiap petang, waktu prep, saya akan baca novel. dan setiap malam waktu prep saya akan tulis diary biru. dan sedikit beberapa karya yang sempat saya coretkan.. seawal tingkatan 1, saya amat meminati bidang sastera dan bahasa. saya juga mempunyai seorang rakan, bernama Asma Lina, yang pada saya dia merupakan rakan juang saya dalam penerbitan karya-karya. HAHA. sesungguhnya dia lebih kreatif dan inovatif daripada saya. haha

Dan waktu tu saya mula rasa tergugat, kerana mempunyai lawan. AHAH. pada mulanya saya hanya suka-suka menconteng buku2 tulis yang ada... :) melakar puisi2 asmara, menulis beberapa cerpen yang tak berkesudahan. Tapi bakat saya tidak terlalu menonjol. tambahan pula saya kurang aktif dalam mempergiat seni kreatif yang ada dalam diri saya. Saya sibuk melayan perasaan gila saya. huh?

ni la aisar ayadi :D hensem? 
Kehidupan saya mula berubah apabila saya di tingkatan 3. Saya mula mengembalikan diri saya yang sebenar, yang mencintai ilmu dan sains. saya mula praktis latihan matematik. saya belajar sendiri, stay kelas sorang-sorang lepas habis kelas.. kadang ada sorang dua kawan saya yang stay.. yang saya ingat ialah aisar.. saya tak boleh buat apa, walaupun kami berdua je dalam kelas tu, tapi kami duduk jauh2.... dan saya tak boleh keluar dari kelas tu sebab saya rasa selesa study kat atas meja kelas saya. tapi dia jarang2 juga stay lepas kelas... malam lepas habis prep, saya bukak buku rujukan matematik. saya buat latihan,.. baru saya tahu yang matematik ni sangat mudah.. dan saya minat baca bahan bacaan matematik.

Saya targetkan diri saya dalam minggu itu saya hanya fokus untuk matematik,, subjek lain saya biarkan dulu sebab saya takut untuk mulakan dengan subjek yang saya tak minat. saya takut usaha saya akan jadi sia-sia. Oleh itu, lepas saya mahir sepenuhnya matematik, baru saya tukar subjek lain. Alhamdulillah, apa yang saya usahakan berjaya.. Saya tahu kawan-kawan saya pun tak percaya... saya boleh dapat 8A. B dalam bahasa arab. (padahal saya sangat konfiden sebab soalan bocor masa pmr dulu). uhuk sebijik tauu...

Saya bukanlah dilahirkan tidak genius, namun atas faktor cinta dan hiburan, saya lalai. seawal saya di tingkatan satu, saya ingat lagi, saya mendapat tempat ke-2 sewaktu peperiksaan pertengahan tahun, dan mendapat tempat ke-6 waktu akhir tahun.. dan lepas tu keputusan peperiksaan saya merudum jatuh... dalam kelas tu, saya umpama bayang-bayang. jasad saya ada disitu, tapi hati saya jauh terbang.

sewaktu sekolah rendah, saya memang top1.
saya mendapat tempat pertama hampir setiap tahun- tahun 1,3,5&6, dan tahun lain saya dapat tempat kedua. saya dikalahkan oleh dua orang lelaki. waktu darjah 2, saya tewas dengan Mohd Farhan bin Zaid. Memang kami sering bersaing. dan lepas darjah 2 dia pindah kat enstek,, tapi waktu darjah 3, datang pula seorang lagi opponent saya. huhuhu Amir Naqiuddin... Tapi darjah4 jela dia boleh tewaskan saya. huhuhuhu saya masih ada simpan sijil2 pelajar terbaik masa sekolah rendah dulu.. :)

tapi saya selalu ingatkan dalam diri saya, kejayaan masa lalu xmenjamin kejayaan akan datang. 

jadi, saya tidak terlalu bangga dengan pencapaian saya di sekolah rendah.......

saya tahu ada sesuatu yang berharga dalam diri saya. kalau saya tak mencari sinar itu, siapa lagi?
Hanya saya yang mampu mengeluarkan ia... :) dengan izin Allah...

#saya nak cakap, sebenarnya saya buat blog guna nama sebenar saya ini supaya nanti bakal employer/interviewer saya tahu la jugak macam mana saya ni. jadi saya kene tulis yang bagus-bagus je dalam blog ni. heehe


they are awesome,, hurm. ada cerita disebalik insan yang comel tu. ain

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!