Thursday, February 20, 2014
Alahai business...
hmm haritu diet Atkin tahan 4 hari je.. sbb rasa tak bermaya sob3
lepas ni nak kurangkan makan ayam... nak makan seafood.... oh seafood.
Pernah dengar diet ikut jenis darah? Darah aku AB so benda yang boleh makan wheat, rice, egg...pineapple..n lain2 lagi... tapi aku kene elakkan daging..macam ayam, daging kambing.. yang boleh pon cuma lamb n ape ntah lagi. tapi tak digalakkan makan la sebab darah AB ni acid kat perut sikit, jadi susah nak hadamkan makanan lagi2 daging.. jadi kena elakkan laa..
berbalik kepada business. baru lepas order tudung akel paisley 2 kodi. hehe. walaupun sebelum tu gaduh dengan supplier tu. hak hak. business n personal tak boleh campur.. hoho.
pantang online je aku mesti fikir pasal business. nampak chicken chop, nak jual chicken chop.. nampak shawl nak jual shawl.. ape laa. betul la kata Far** aku tak konsisten buat business. Tengok la business aku semua tak stabil. baru berapa bulan dah tukar business lain. aku rasa kan... aku buat business setakat nak beli dgn murah je. erk.
hmm oklah ade keje nak buat. ni pun malas je nak update.
Wednesday, February 19, 2014
Mesin Jahit Idaman Aku
Monday, February 3, 2014
Day 1 Diet : Jangan sampai tertewas
Harini hari pertama aku diet atkin. Hehe. Pagi2 dah sedia telur rebus sebiji. Air dah minum 1 liter. Tengahari makan ayam goreng +ikan keli goreng. Wah. Kenyang sangat2 sampai rasa nak muntah. Lain kali beli satu makanan je. Huhu
Petang pulak makan telur rebus lagi sebijik. Huhu. Aku rasa telur rebus memang best, tp bau dia,, huhu.. muak +mual.
Puku 4.30 petang kuar g Kuantan Parade. Haha, banyak den bakar lemak. Almaklumlah, KP ni besaq na... sesat lagi.. dah tak ingat jalan nye. Sempat la kejap buat akaun maybank. Hehe.
Kawan order coolblog dengan mexico bun, huhu sedapnya... nampak cupcake comel lagi.. memang hati dah parah dah. Nasib baik nampak lalat kat mexico bun tu terus tak kempunan nak beli..
Sekarang ni kat KFC. Wuhuu. Nak je cuba golden wrap tu.. tapi takleh, kalau hari pertama dah tewas, macam mana hari2 seterusnya.. kene kuat. No cheating! Clean diet. Wuhuuu. 2minggu je tak lama okay. Be strong....
Kawan order KFC, tapi nampak tak mineral water tu, aku minum tu je.... sob3
Saturday, February 1, 2014
Matlamat aku masih kabur.
Aku tanya adik aku apa rahsia kejayaan dia dapat 4.00 flat kat matrik. Dia kata aku kene ada matlamat. Apa matlamat aku?
Aku sendiri masih kabur. Dulu memang aku tetap nak jadi programmer, tapi baru2 ni, dapat result programming b+ je. Hurm, sebab aku xfaham teori dia. Tapi aku terel buat program (ceh perasan)
Bukan perasan tapi perasaan. Aku rasa macam tu laa. Sebab aku bukan rajin sangat membaca. Tapi buat aku suka.
Sekarang aku kabur. Apa matlamat aku belajar... apa matlamat aku hidup. Adakah aku hanya ingin mengejar kemewahan? Memang yang ni aku sedang rasakan. Aku ingin jadi kaya. Adakah dengan kaya sahaja aku mampu tolong orang lain?
Persoalan yang tiada jawapan.
**Hepi besday abah**
✦ Popular Post ✦
-
As a mathematical science students, i always wonder what will i be in the future... So nak share sikit kat awak-awak yg berminat nak amik bi...
-
Haha, minggu ni memang tough la, sebelum ni try2 buat online shop guna wordpress. Jadi memang jadi. Lagipun memang free je,, tapi semalam ...
-
Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kat...
-
Godek-godek Photoshop. Jadilah kitty yang kiut ni. Asalnya nak buat bende lain.tapi jadi bende lain. Hee first freebies untuk semua. ...
-
Sayu rasanya menantikan ramadhan yang bakal tiba... Apakah aku masih sempat :"(
-
Alamak lupa pulak nak selesaikan problem adik aku... Dia dah hantar lama jugak tapi lupa plak nak wat.. sumimasen.. jum kita wat sama-sam...
-
Aku juga pernah. saat ini. tika ini. apa semua ini. kenapa aku rasa kehilangan? kenapa muncul tetbe. kenapa. kenapa aku sensitif sgt. kena...





