Monday, June 2, 2014

Menjinak Ombak by Fiqri Lemax

Entah berapa kali aku main lagu ni...
Bangun pagi dengar terus hilang ngantuk.
Hehe selain lagu ni, aku suka jugak Sedar Diri n Hanya Mimpi..

Menjinak Ombak by Fiqri Lemax

Jauh disudut pemikiran takdirku sebegini
Terdampar dilautan sepi tiada berpenghuni
Terjalin jalinan rasa cinta
Walau pada awalnya sukar untuk kuterima..
Kehadiranmu..

Lupakan dirinya terima aku
Diriku menyintai dirimu tanpa kau tahu
Ingatilah aku tersedia ada didepanmu
Anggaplah ku ini pengganti bagi dirinya
Ku untukmu..

Melembutkan hatimu bagaikan menjinak ombak
Bergelora deras kerakusan menghempas pantai
Penantian ucapan darimu ku tertunggu-tunggu
Hingga mungkin suatu hari nanti terucaplah
Kau cinta padaku..

Fiqri Lemax - Menjinak Ombak: http://youtu.be/CV5Hpu0YWLQ

Wednesday, April 23, 2014

SANDEUL aka PSYDUCK | B1A4

Haha, tengok sandeul ni buat aku senyum sorang2. hehe
sangat cute, hensem dan comel...

Aku mula minat kat dia baru lagi.. 10 April 2014. Haha, waktu tu time midterm. Aku rasa stress sangat.. Jadi aku pun cari la 'sesuatu' yang boleh buat aku happy. Tetbe kawan aku post mv lonely-b1a4. Seriously jatuh cinta pandang pertama kat sandeul waktu tu. haha

Sebelum ni cuba la jugak minat band korea tapi tak dapat laa. maybe sebab b1a4 ni bawak concept yang slow emotion, camtu... Aku tak minat sangat kalau menari macam rock tu.. hehe lagipun mv b1a4 suma smart2.. haha. best. pandai betul dia buat video.

Oklah nak cakap sebenarnya... aku minat gila sampai aku download suma album dia.. Aku memang ada terfikir nak beli album dia, tapi mahal.. T_T nak photo card dia... huhuhu hari2 aku dengar lagu diorang. haha.

okay... cakap pasal sandeul ni... dia memang hard working and kejar cita2.. jadi aku harap dia boleh jadi sumber inspirasi aku la.. memandangkan dia pun chubby sebelum ni n diet gle2.. hard work dia, kecomelan dia,, determination dia tu yang wat aku lagi minat kat dia.

Tak kisahlah orang nak cakap apa.. ada band lagi hensem ke.. tapi bagi aku b1a4 is the best :)

Laa ni aku ponteng kelas pasal nak print gambar dia la ni. haha order kat photobook >D










Lain2- boleh order kat sini jugak

credit to sandeul920320.com

Saturday, April 19, 2014

Sebulan lebih akhirnya dapat balik duit

Entri aku sebelum ni ada aku mengadu yang aku tak dapat-dapat refund aku daripada lazada. ENTRI LEPAS.

Hmm, amik masa lama jugak nak dapatkan refund ni oi. Berapa kali aku call... Berapa banyak habis kredit aku.. Berapa banyak aku send report, emel and message kat Lazada. HUHU It was really bad experience.

Aku dapat duit aku balik on 14.4.2014 Cantik tarikh ni. haha

First time aku call, dia kata dia akan bawak perkara ni ke atas.
Second time aku call dia kata dia akan check balik and akan contact aku balik dalam 48jam. Tapi hampeh. Tak ada calling pun.
Third time aku call lagi.... dia kata akan check balik dengan finance..... and akan contact aku dalam 48 jam. Harem. emel or calling xde langsung.
Aku call lagi. Kali ni aku mintak bukti pembayaran.. Dia kata dia akan mintak kat finance department. Dia call finance tak de orang angkat. Suruh aku tunggu lagi. Tapi takde pun call aku.. HAMPEH.
Aku keep calling, keep messaging kat facebook, kat emel... macam2 la.. dah xleh sabar lagi..

Ada satu hari tu aku call dia kata dah bank in semalamnye.. Ni PENIPU besar. Aku tunggu 5 hari kut lepas tu. HAMPEH.

Aku call lagi, aku ugut kalau tak refund aku report kat Tribunal Consumer. Dia kata report laa. pastu macam nak marah2. CEH BAJET GILA.

Lepas tu aku dapat emel yang dia akan cuba cepatkan proses ni....
Pastu aku memang tak sabar sangat... Aku call lagi... takde maknanya aku nak tunggu 5hari.
Dia kata dia dah dapat report aku and akan process secepat mungkin...
Aku pun malas nak call tunggu laa.
Dalam 4 hari lepas tu baru masuk duit aku. HUHU.
Selamat.

Itulah experience aku dengan lazada. Kalau tak ada stock tulis jelah not available. Ni bila aku tengok balik pun still available.. SUCK

HAISH.


Saturday, April 5, 2014

I wish it would rain tonight

Panahan mentari di ufuk senja
Memberi erti bahagia
Buat insan yang mendambakan
Kilauan bulan dan bintang

Malam yang mendung
Menyembunyikan kilauan itu
Namun.. bahagia bukan penghujung
Ada insan yang menunggu saat ini
Untuk menyanyi dan bermain
Melangkau kelopak air hujan.

I wish it would rain tonight.

Friday, April 4, 2014

Good bye

Aku materialistik.
Memang
Hurm.

Bila tension aku makan apa2 benda yang aku nak.
Sampai la aku jadi gemuk camni.
Hurm.

Bencinya.

Bad Experience with Lazada.com.my

LAZADA OH LAZADA.

Aku dah beli macam2 dari website ni. Tapi sayang, dia tak jaga customer dia. Tak percaya boleh tengok post2 sebelum ni. Mesin jahit, Samsung Galaxy Note 8, Sony Walkman mp3, n latest aku beli bag, pendrive n Tp-Link wifi router under the same account.

Ni semua barang aku beli kat lazada


Macam ni kes dia. 

Aku order camera Nikon Coolpix S3600
Aku bayar guna ipay88 (rhb bank) aku ada bukti pembayaran.
Kat penyata bank aku pun ada.
Aku dah bayar on the spot.

Payment Successful


Memang barang tu dia kata amik masa 4-6/4-8 im not sure. Tapi dia tulis available. N then after 4 days, aku tengok status barang cancel. Aku call on the spot jugak untuk tau apa kes ni cancel pulak. Dah tu customer service tu cakap barang xde stok. Erk. Lepas tu aku tengok la lagi dia punya website tu still available je. Ok la xpe. Lps tu dia tye aku xdapat emel ke? Tak de pun! And then lepas tu baru la banyak emel dia masuk. Ces.

Dah cancel pulak
Dia kata nak refund dlm 3-5 hari kan

Dia tanya lagi nak refund guna voucher ke full cash. Aku nk full cash la memandangkan aku nak beli camera lain. Aku memang nak beli camera secepat mungkin untuk tangkap gambar produk aku, btw aku dah beli Sony Camera DSC-W830. ada jugak kat post sebelum ni.

Pastu aku emel la detail bank akaun aku... aku mintak refund kat CIMB BANK. OK dia kata tunggu 3-5hari. Aku tunggu n tunggu seminggu xde jugak. Lps tu aku dah sibuk dengan mid term n cuti. So aku lupa bagai~~~ n aku rasa duit poket aku kering. Huhu
Baru aku ingat yang lazada ada hutang aku RM350!!

Tengok, takde pon credit RM350!

Cimb Statement aku

Aku check kat cimb aku, xde ape2 pun credit rm350. Huhu. Lepas tu aku call balik lazada. Dia check n aku rasa dia pun tau kot refund tu xdiproses ag,,, Dia kata dia akan bawa perkara ni ke atas, n suruh aku tunggu 3-5 hari. Aku pun tunggu laaa 5 hari weh. Bukan sekejap. Still tak masuk lagi. Lps tu aku call balik. DIA KATA REFUND DAH BUAT ON 5 MARCH WAKTU AKU SEND DETAILS AKU EMEL TU. WTH! Aku mintak bukti pembayaran kat aku. Dia kata dia akanconfirmkan dgn finance department.

AND DIA SURUH AKU TUNGGU LAGI 24-48 HOURS, NANTI DIA EMEL AKU. Tapi setelah 48 hours aku tak dapat emel apa2 pun, duit pun tak masuk lagi ni.

And aku akan call lagi pukul 9 ni, kalau tak aku amik legal action je or report kat tribunal. Aku dah tanya kwn aku bakal lawyer. Dia kata pakcik report henfon rm80 pun boleh menang kes, wuhuu. So aku mmg simpan n screenshot everything. Bukti aku memang ada.

Lepas ni kalau lazada buat bodo je, aku terus report. Malas aku nak tunggu lama2 lagi. Ingat kerja aku menunggu je ke.

**HIDDEN TEXT for safety purpose

##UPDATE
 Lazada sudah refund duit aku..
KLIK SINI

Friday, March 28, 2014

Apa bezanya UIAM dengan universiti yang lain?

Salam, ceria hari ini ya ! walaupun assignment tak siap, walaupun exam dah dekat. keep santai. jangan mudah stress. ^_^ sekarang ni holiday sampai september, tapi rindu pulak pada uia. betapa kuatnya penangannya :P

Kalau belum tahu lagi, saya sebenarnya pelajar UIAM/IIUM Kuantan. Currently degree in Mathematics, future concentration on Computational Mathematics, minor ICT insyaAllah. Nak kongsi sedikit sebanyak apa yang ada di UIA ni khususnya kampus Kuantan. 

APA ISTIMEWANYA IIUM?

1. Kami ada group fb IIUM Online & IIUM Kuantan Chit Chat. Kat situ lah boleh membeli belah, kat situ la isu-isu semasa, perdebatan berlaku, perkongsian maklumat, kat situ juga curahan rasa dan tidak kepuasan hati, kat situ la promote aktiviti dan event. Segala bentuk bahan maklumat, hiburan, iklan dan macam-macam lagi.  tak ni selingan je.

1. Budaya Islamik
Tak tipu, memang kat Uia terserlah budaya islamik terutama di IIUM Kuantan berbanding IIUM Gombak. Hal ini kerana mungkin struktur geografi (maksudnya gombak kan dekat dengan KL, pengaruh sosial yang berleluasa) Berbeza dengan IIUM Kuantan, walaupun Kuantan juga bandar, namun budaya islamik memang sangat terserlah. Memang ada segelintir yang memakai pakaian menjolok mata, tapi tidaklah keterlaluan (ketat, sendat, etc) Perempuan dan lelaki tidak bebas bergaul, hatta di cafe, dalam kelas mahupun di mana-mana. Memang ada segelintir, tapi peratusnya terlalu sedikit. 

2. Event/Organization yang aktif
Memang banyak sangat event, sampai tak sempat nak join semuanya.. Banyak sangat aktiviti, aktiviti ini juga sepenuhnya dikelolai oleh student sendiri. Advisor cuma memantau dan sign je proposal. Event termasuk ceramah, grand event, tournament, discussion. Event tahunan contohnya IKOD, MAIFEST, IIUM Berselawat. Semua event-event ni kebanyakannya open untuk orang luar kecuali tournament, ada yang khusus untuk pelajar uia sahaja. 


3. Student di anak tiri kan.
Ok yang ini agak pelik oii. kenapa? apa sudah jadi? huhu banyak sangat complains daripada student tentang sikap staff yang terlalu-terlalu annoying. Lagi2 kisah pak guard n staff kat admin building. banyak sangat oo Staff tak buat keje, staff tengking student, staff berleter, staff selalu takde, staff lambat wat keje, staff itu staff ini.... Ada pulak dia buat parking untuk staff semua.. student kena parking jauh2 dari library n kulliyah... Sampai kami rasa kami di anak tirikan. ehh. bukan nak suruh manjakan student. tapi student pun ada perasaan and hak weh. kami bayar depa. gaji staff n lecturer guna duit kami jugak... Jangan rasa hebat sangat pegang status staff uia. emo plak. huhu bukan semua staff. segelintir laa. Sampai harini pun aku tak dapat kad siswa aku wehh!!!! dah tahun tiga dah ni...

4. Kosong
Ni aku spesifik kat IIUM Kuantan laa. Bangunan baru banyak sangat dibina. Tapi tapi tapi bangunan kosong weh! Tak nampak budaya taman ilmu pun. Jalan-jalan kat uia memang tak macam jalan kat u lain. kalau malam2 lagi la takde orang pun. ada pun sikit je kat kuliah2. tu pun kalau ada kelas/event. hari lain tak nampak. Kalau siang-siang pun tak ramai yang jalan kaki. student kaya2 bawak kereta. aku je xmampu ag bawak kereta. kalau berminat untuk sedekah kereta sebijik sila contact aku.

5. Saman everywhere
Pak guard memang suka saman-saman orang. kat sini sekali saman RM50. kadang2 dia clamp je. Sekali lagi aku tekan kan, aku takde kereta dan aku tak pernah kene saman. Ni semua aku baca dan lihat complain2 diorang je. HUHU semuanya daripada keyboard warriors. Kadang2 tu..... bila student parking laju je dia saman... tapi kalau staff parking..... boleh plak dia buat tak tau. lagi2 ada satu kes yang staff uia parking kat laluan untuk OKU. Ada gambar dan bukti siap. pergh. OKU + Kereta staff logo UIA siap. Bukan kat UIA Gombak je kes saman ni, kat UIA Kuantan pun apa kurangnya. Kes parking kat mahallah la banyak skali.......

6. Tak ramai student cemerlang
Ehh. termasuk aku. Senang citer kat sini, UIA tak ramai dapat 4-flat. Bukan maksud aku tak pandai cuma result dalam slip je tak cantik. lagi satu boleh tengok jugak budaya budak2 uia ni bukan kaki study. hehe alamak kantoi. Tak semua.. Majoriti memang kaki study. tapi bukan study yang sampai wat research tu. skema sangat. Study2 jugak, korea, anime, idol layan jugak. HEHE.hindustan pun layan skali laa.. Ada beberapa faktor la jugak result kurang cemerlang. Ikut individu jugak. Ada yang malas study, ada jugak sebab lecturer kedekut markah bagi soalan susah2. Ada jugak sebab carry mark rendah. Ada macam2 sebab dan musababnya..

Aku rasa.. entri aku kali ni agak kasar jugak kan
maaflah ye. hehe. tapi tu la nak wat camne. aku cuma bagitau je.
aku tak menyesal duduk kat uia ni
malah aku rasa bersyukur dan bertuah dapat belajar kat sini.
beberapa isu di atas aku tak berapa nak amik kisah sangat.
hidup mesti diteruskan. hahahaha
semua ada hikmahnya.

Sony Cybershot Dsc-W830 Review

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah lama impikan sebuah kamera digital. hehe. Dah lama sangat2 mengidam. Akhirnya (minggu lepas) pergi East Coast Mall pergi beli kamera ni. 3jam kut nak pilih.. sampai tak pergi kelas. tapi puas hati :D


Ni contoh2 gambar yang di ambil :)

Hari pertama testing
Zoom 8x. Cantik kan zoom dia?

Ni gambar yang tak di zoom. Tengok crane yang kecik tu

Waktu ni petang2.. baru lepas hujan. keadaan lembap

petang2 jugak. saja amik gambar langit

susah jugak nak snap gambar dekat sbb focus smpai 5mm je. nasib baik la ni dia tak gerak laju sangat. setelah beberapa attempt..

close up keychain dari korea. XD

Snap dalam kereta bergerak. Otw balik rumah

Waktu ptg kul 1 camtu..

Dalam bilik nak tempah jahit baju kurung. ekekeke

Gambar curi. Nak tengok camera ni boleh tak amik gambar laju2 haha

budak-budak kan memang takleh duduk diam! semua gambar bergerak. nasib comel

I am sad

I am sad..
I am alone..

HUHU

takde orang nak bercerita. takde orang nak berborak
bukan aku takde kawan
tapi aku takde kawan baik
yang tau semua rahsia aku

aku cuma ada sorang yang aku boleh luahkan segalanya
tentang impian aku, cita-cita aku,.
tapi kini dia menyepi
dan aku sendiri

aku rasa lemah
rasa macam hilang tempat bergantung
hilang tempat membebaskan creativiti

banyak benda aku nak buat
bermula dengan business
study
agama
macam-macam

aku rasa tak kuat
nak buat semua impian aku ni
takde orang nak support
takde orang nak bagi galakan
takde orang aku nak bertanya

:(
I am sad
I am alone
i really need support

orang selalu kata
"there's always a woman behind a man"

i think
"there's always a man behind a woman"
is also true

apa pandang2?!


Thursday, February 20, 2014

Alahai business...

Assalamualaikum..
hmm haritu diet Atkin tahan 4 hari je.. sbb rasa tak bermaya sob3
lepas ni nak kurangkan makan ayam... nak makan seafood.... oh seafood.

Pernah dengar diet ikut jenis darah? Darah aku AB so benda yang boleh makan wheat, rice, egg...pineapple..n lain2 lagi... tapi aku kene elakkan daging..macam ayam, daging kambing.. yang boleh pon cuma lamb n ape ntah lagi. tapi tak digalakkan makan la sebab darah AB ni acid kat perut sikit, jadi susah nak hadamkan makanan lagi2 daging.. jadi kena elakkan laa..

berbalik kepada business. baru lepas order tudung akel paisley 2 kodi. hehe. walaupun sebelum tu gaduh dengan supplier tu. hak hak. business n personal tak boleh campur.. hoho.


pantang online je aku mesti fikir pasal business. nampak chicken chop, nak jual chicken chop.. nampak shawl nak jual shawl.. ape laa. betul la kata Far** aku tak konsisten buat business. Tengok la business aku semua tak stabil. baru berapa bulan dah tukar business lain.  aku rasa kan... aku buat business setakat nak beli dgn murah je. erk.

hmm oklah ade keje nak buat. ni pun malas je nak update.

Wednesday, February 19, 2014

Mesin Jahit Idaman Aku

Tadaa! Dah sampai pun mesin jahit aku ni,,, terima kasih pakcik gdex!
Kalau nak tahu ni la mesin jahit yg aku beli daripada lazada. Boleh tengok entri sebelum ni kakau nak tau pasal mesin jahit ni. Lama tunggu dekat seminggu jugak kan. Yela, thaipusam lagi, cuti weekend lagi. At last dapat jugak hari ni...
Boleh pulak dia balut dengan plastik transparent aje. Cess. Xpelah, xde yg rosak pun. Hehe. Excited kau jah..
Ape lagi, terus bukak dan terus try. Dahla tak pernah guna. Mesin jahit kat rumah ni lama punya. Guna manual je. Yang ni elektronik tak pernah try lagi. Huhu. Sekali guna stuck. Benang tergumpal. Rupa-rupanya sebab benang pasang tak betul. Cess. Pastu bila nak masukkan bobbin, konpius camne nak masuk ni. Hoho. Search tengok kat youtube, nasib baik ada.
Mesin jahit ni multi purpose, ada banyak jenis jahitan, ada pedal foot, n siapa ada lampu lagi. Kelas gitu... nak dapat mesin jahit ni susah. Kat lazada asik out of stock je. Huhu
Ni lah hasil pertama daripada mesin jahit baru aku-Tuti (nama dia aku bagi).. aku xdek inner tudung, jadi aku pun buat la satu... memang la biasa je... herot berot. Aku bukan pergi kelas menjahit pun. Setakat belajar daripada kawan mak tu pun dua hari je.
Nampak tak koyak tu..? Sebab aku jahit dulu baru api kan. Huhu T_T
Next project: seluar tidur.
Kene beli fabrik dulu. Hehe tak sabar nak bawak u nanti. Banyak baju2 koyak nak jahit.
C u again next time :)

Monday, February 3, 2014

Day 1 Diet : Jangan sampai tertewas

Harini hari pertama aku diet atkin. Hehe. Pagi2 dah sedia telur rebus sebiji. Air dah minum 1 liter. Tengahari makan ayam goreng +ikan keli goreng. Wah. Kenyang sangat2 sampai rasa nak muntah. Lain kali beli satu makanan je. Huhu

Petang pulak makan telur rebus lagi sebijik. Huhu. Aku rasa telur rebus memang best, tp bau dia,, huhu.. muak +mual.

Puku 4.30 petang kuar g Kuantan Parade. Haha, banyak den bakar lemak. Almaklumlah, KP ni besaq na... sesat lagi.. dah tak ingat jalan nye. Sempat la kejap buat akaun maybank. Hehe.

Kawan order coolblog dengan mexico bun, huhu sedapnya... nampak cupcake comel lagi.. memang hati dah parah dah. Nasib baik nampak lalat kat mexico bun tu terus tak kempunan nak beli..

Sekarang ni kat KFC. Wuhuu. Nak je cuba golden wrap tu.. tapi takleh, kalau hari pertama dah tewas, macam mana hari2 seterusnya.. kene kuat. No cheating! Clean diet. Wuhuuu. 2minggu je tak lama okay. Be strong....

Kawan order KFC, tapi nampak tak mineral water tu, aku minum tu je.... sob3

Saturday, February 1, 2014

Matlamat aku masih kabur.

Aku tanya adik aku apa rahsia kejayaan dia dapat 4.00 flat kat matrik. Dia kata aku kene ada matlamat. Apa matlamat aku?

Aku sendiri masih kabur. Dulu memang aku tetap nak jadi programmer, tapi baru2 ni, dapat result programming b+ je. Hurm, sebab aku xfaham teori dia. Tapi aku terel buat program (ceh perasan)

Bukan perasan tapi perasaan. Aku rasa macam tu laa. Sebab aku bukan rajin sangat membaca. Tapi buat aku suka.

Sekarang aku kabur. Apa matlamat aku belajar... apa matlamat aku hidup. Adakah aku hanya ingin mengejar kemewahan? Memang yang ni aku sedang rasakan. Aku ingin jadi kaya. Adakah dengan kaya sahaja aku mampu tolong orang lain?

Persoalan yang tiada jawapan.

**Hepi besday abah**

Thursday, January 30, 2014

Sekarang aku patung, tapi esok aku fairy.

Untuk memuliakan islam di mata dunia, aku perlu memuliakan diri aku sebagai penuntut ilmu. Dengan ini, aku perlu cuba semaksima mungkin untuk berjuang memerah malam pekat untuk mengisi otak yang kosong. Ilmu bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperoleh. Sebaliknya sikap sabar, tekun dan usaha itu yang sangat sukar diterapkan dalam diriku.

Memandang isu muslim yang murtad, hati bergetar menahan marah, namun aku hanya umpama patung yang tidak mampu melakukan apa-apa. Melihat kezaliman tentera yahudi ke atas saudaraku sendiri, sayu pilu dan geram dihati. Tapi kakiku hanya kaku. Tidak ada apa yang aku mampu lakukan untuk mereka! Kalau aku ada duit, aku sudah lama membebaskan tanah2 penduduk Islam. Kalau aku ada kuasa, sudah lama aku sematkan keadilan.

Tapi....
Aku tidak mampu melakukan apa-apa.
Jauh diluar bidang kuasa aku.
Tidak terdaya aku memautnya.

Ilmu.
Dengan ilmu, aku pastu boleh memberi manfaat untuk orang lain.
Kejayaan tanpa kegagalan umpama menang tanpa lawan.
Kegagalan aku hari ini. Akan aku semadikan buat pesanan dan pedoman untuk membuahkan satu kejayaan kelak.

Aku adalah penuntut ilmu.
Mencari ilmu untuk membela umat Islam.
Mencari ilmu untuk menegakkan agama Islam.
Masa masih belum berakhir.

30 Januari 2014 @ 11:53pm

Result gempak tak terkata

Wah, tak sangka sangat, result sem ni gempak2 terutama SMS2411. Terlalu tinggi sampai kena repeat paper. HOHO.

Thursday, January 23, 2014

Diet atkin | Mampukah aku?

Dalam hati, siapa yang tak mahu jadi kurus n sihat?

Aku pun nak... tapi... godaan itu....
Nasi,... aku tak boleh hidup sehari... kecuali kalau makan chicken chop hari2 takpelah jugak.
Sob sob.
Kalau makan egg roll pun best jugak.

Hurm, kalau boleh masak sendiri,...

Xpelah. Nak try jugak start cuti sem ni. Banyak perubahan nak buat.

1. Diet
2. Study
3. Jaga muka
4. Jaga kebersihan
5. Kurangkan main game
6. Kurangkan tengok cerita (ni memang susah sangat)
7. Tak payah pikir bisnes!!

Nak sesuatu, kita kene korbankan sesuatu.

Sem ni.. target nak jadi pelajar cemerlang.

Hmm. Of course i can ! (Kata2 semangat)

Nak tampal kat bilik kata2 semangat ni. Hehehh.

Ok bai
*mesin jahit xsampai lagi. Maybe sampai esok kot. Hoho lambat gler..

Sunday, January 19, 2014

Mengimpikan sebuah mesin jahit

Review | Global Sewing Machine GSM-505
paling murah aku jumpa kat lazada

Aku dah usha mesin jahit ni lama dah. sampai dah 2 kali dia restock. Nasib baik kali ni aku sempat beli. Malam jumaat hari tu aku beli mesin ni. lepas aku beli, stok tinggal 4 je. esok pagi aku tengok tinggal satu.. tengahari aku tengok dah out of stock dah.

Hehe, terpaksa pinjam duit kakak aku dulu. Duit aku dalam asb. :P Tak sabar nak tunggu mesin ni sampai. Setakat ni dah 3 kali la aku beli daripada lazada. 1st aku beli note 8, 2nd, aku beli sony mp3... n third aku beli mesin jahit ni  :) so far, aku trust lazada.

 Haha, mula la aku berangan jahit baju sendiri, seluar sendiri, kain sendiri. HA HA HA. tapi aku takdelah fikir nak buat duit guna mesin ni. cuma nak jahit baju n seluar aku yang koyak....

Haish. 

Apa kelebihan mesin ni? 

1. MURAH.
Aku tengok mesin jahit brothers n singer n yang lain2 semua mahal. beratus2, beriban2. Disebabkan aku beginner, jadi aku beli yang murah je ni dulu. Kalau aku dah pro, baru aku upgrade.

2. BANYAK FUNCTION
Boleh nampak kan ada banyak jahitan boleh jahit.. bukan setakat jahitan lurus je, tapi ada macam2 jahitan. Lepas tu dia ada jugak led(lampu), ada cutter, ada drawer.. n ada jugak disediakan foot pedal. press je... Dia jugak ad reverse sewing, tak macam mesin jahit lama nenek aku ni, kena terbalikkan baju.. aish.

3. BERAT & SAIZ
Berat yang dinyatakan adalah 4.5kg, jadi, aku rasa oklah takdelah ringan sangat. So, nak jahit tu akan rasa utuh la xgerak2... Saiz dia pun tak delah mini sangat n tak besar sangat.. 31cm panjang. 

Aku harap, aku gembira la dengan mesin ni nanti, sebab aku tengok review2 orang yang guna ni hepi je...



Hope video ni dapat bagi inspirasi korang untuk menjahit :)



 Hope dapat tiba dengan cepatnya. 

ceritera | aku ada resdung

I am having a very bad sinus. Sebelum ni aku tak percaya yang aku ada resdung. sebab hari tu buat pemeriksaan kulit muka dia kata xbyk sinus. Jadi, conclusion aku buat, aku cuma alah pada habuk, dan cuaca. hakikatnya itu adalah resdung. Tahun lepas & sebelum2nya aku setiap pagi akan bersin tapi sem lepas. tahun lepas........ kesihatan aku bertambah baik. Takde hingus meleleh. Jarang selsema. Aku rasa mungkin sebab sem lepas aku tak pergi swimming langsung! Sebab aku ada baca elakkan swimming waktu selsema. dulu aku selalu. selsema tak selsema aku bantai je.

Tapi tadi aku terkejut bila hingus aku keluar bersama darah. walaupun sikit je... tapi aku risau dan terus search. rupanya tu adalah simptom2 resdung. Maka, aku kena terima hakikat yang aku ada resdung. Dah tau ada resdung, aku pun gatal lah duk search rawatan resdung. Biasa kan rawatan resdung guna asap... Aku pernah la jugak buat beberapa kali. tapi tak selalu. huhu la ni.... aku terfikir pasal HERBALIFE. terdetik aku nak consume herbalife semata-mata untuk resdung. Herbalife kan banyak bonus, dapat kurus, sihat, bertenaga..... tapi sepanjang pengalaman aku, kalau satu ubat/rawatan ni penawar untuk semua sakit....... maka ada sedikit keraguan di situ.

Aku tak tau kenapa aku selalu fikir negatif pasal herbalife. Maybe sebab dia mahal kut. huhu. tu je. Dulu, ada seorang kawan aku ni tak jadi ikut pergi kursus keusahawanan anjuran pihak universiti. Sebaliknya dia menjadi herbalife distributor. Waktu tu aku selalu cakap kat dia, rugi ko x g kem tu.... tapi hakikatnya.... seminar herbalife tu mungkin lebih bagus daripada kursus usahawan yang aku pergi ni... sampai sekarang dia rajin cari orang untuk herbalife. Aku agak terkejut bila mana dia tak malu langsung untuk promote herbalife, and sanggup pergi mall/kedai mana2 n cari orang untuk sebarkan makanan nutrisi (herbalife).

Tapi kini, aku rasa, herbalife is not a bad supplement. tapi diorang marah, ni bukan ubat, bukan supplement  tapi makanan nutrisi. Pada aku sama je. hahahaha. Sebab bilaorang dengar supplement je orang akan lari. jadi dia tukar mind set yang ni makanan nutrisi.

Family aku sampai sekarang tak kaya-2. kayap adalah. Aku sendiri....... bila la nak kaya............ Aku cuma banyak fikir & berangan je tapi tak ada tindakan. n tak ada modal. adui. bila agaknya aku akan berani bertindak... huhu tolong aku. . . . . . . . .

takde orang boleh tolong aku melainkan diri aku sendiri.


✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!