Wednesday, July 31, 2013

First time shopping with Lazada.com.my

G u e s s  w h a t ?
Hari ni aku berani mati pergi try beli kat Lazada Malaysia. Baca review, orang kata sekarang Lazada dah stabil sikit, lagipun ada Lazada Promised sampai 2-3 hari.. Sedihnya COD xde kat area aku T_T.
Jadi pergilah order & bayar online je.... proses dia simple je, sebab dia ada sediakan terus bayar online, macam aku guna Cimb.. jadi terus jela bayar. Nak bayar tu pun masih pikir 10 lagi. hoho. last sekali submit jela.

Samsung Galaxy Note 8.0 - memang idaman aku dari sem lepas lagi. HOHO

nampak kan Lazada promise tu.. 
Dah order & dah bayar. tunggu jelah order within 3days. Kalau x within 3days, dapat voucher RM75 :) huhu itu promise dia, kalau dia xpromise, aku pun xpercaya sangat.

Dalam kepala fikir,
-selamat ke sampai kat rumah aku nanti
-tak rosak ke kalau pos dia baling2 nanti
-ni original ke SME warranty
-tak lambat ke sebab kalau leh aku nak dapat minggu ni jugak. 

Sebenarnya dah lebih seminggu aku fikir nak beli. Lepas je lulus Test JPJ pagi tadi terus la pi order kat Lazada ni. Memang berhajat macam tu la. Kalaulah terkandas test JPJ tadi..... aku memang pikir balik nak beli ke taknak beli........

N last, tunggu jelah review aku bila barang dah sampai. hope sangat selamat sampai n xde problem.

^_^

*****UPDATE*****
Tak sampai 3jam, lazada dah bg tracking number guna Gdex. Tak percaya pun ada. cepatnya.... tah tah belum post kot. hehe. kalau xsampai, maksudnya pihak gdex la yang lambat...

Thursday, July 25, 2013

adakah cinta?

Aku juga pernah. saat ini. tika ini. apa semua ini. kenapa aku rasa kehilangan?

kenapa muncul tetbe. kenapa. kenapa aku sensitif sgt. kenapa ni?

WAAA...... aku tak lemah! aku tak kisah!

sekian. boleh pergi dengan hormatnya. jangan datang balik. bye

Tuesday, July 23, 2013

Poligami lagi dan lagi

suami: abang nak kahwin lagi satu boleh x yank.
isteri: boleh je abg nk madukan ayg...... tapi.....
suami: tapi apa?
isteri: madukan dgn kereta, bola ke. tu ayg benarkan.

^_^

----------------------------------------------------------

kalau tanya aku sanggup poligami x? Aku sanggup! Tapi. Poligami yang benar jalannya. bukan poligami yang menghuru-harakan keadaan, memutuskan silaturrahim! Poligami?


Kita boleh tengok sesetengah suami berpoligami tapi tanpa pengetahuan isteri, keluarga terutama ibu bapa. Poligami disyariatkan untuk menjalin silaturrahim atau niat ingin menolong bukan kerana nafsu semata-mata. Apa yang paling menyedihkan, perkahwinan "kedua", "ketiga" mahupun "keempat" tidak sampai ke pengetahuan ibu bapa, mahupun isteri. Lagi menyedihkan apabila perkahwinan di rahsiakan sehingga sanggup bernikah di Siam.

Nikah di Siam bukanlah perkara manis, malah diragui. Apakah kita benar2 yakin bahawa tok kadi itu adalah tok kadi yang sah? Banyak masalah yang bakal timbul. Pernah ada kes di mana perkahwinan yang hampir 10 tahun lamanya dijatuhkan hakim tidak sah. Bagaimana dengan hubungan mereka sampai anak dah tiga? Hal ini akan menimbulkan banyak masalah terutama tentang nasab dan keturunan anak-anak. Apabila anak-anak sudah dewasa, siapa yang akan menjadi wali mereka?

Saya ada pengalaman tentang saudara rapat saya di mana, perkahwinan itu dijalankan hanya di sebelah pihak sahaja yang hadir. Manakala sebelah pihak (belah lelaki) tidak hadir. Malah, isteri barunya itu tidak pula berjumpa dengan ibu mertua atas sebab perkahwinan yang dirancang tanpa pengetahuan keluarga. Sedikit sebanyak kita boleh lihat seperti ada unsur perkelahian dan hubungan mesra tidak terjalin antara ibu bapa mertua dan isteri. Sedangkan poligami sepatutnya meraptkan hubungan silaturrahim! Kahwin bukan sekadar dengan anak, tapi kahwin dengan ibu bapa dan keluarganya sekali!

Saya tidak dapat menerima lelaki yang sebegini. Berkahwin atas dasar pengecut, tidak bermaruah dan tidak ada tanggungjawab dalam diri. Tambah lagi lelaki yang tidak punya harta yang cukup dan tidak dapat berlaku adil antara isteri-isterinya. Memang proses poligami itu mudah, tapi amanah dan tanggungjawab itu dua kali beban yang ditanggung. Seeloknya, jika iman di dada belum mantap, pergi masjid pun sekali je seminggu, duit dipoket belum penuh, dapur tak menyala, tak payah la berangan nak poligami. Seolah-olah menempah tiket ke neraka. (kasaq bahasa. haha)

Apa-apa pun aku tidak anti-poligami, malah aku terima sekiranya madu aku itu akhlaknya lebih baik daripada aku, ilmu agamanya lebih tinggi drpd aku, bahasanya juga semanis madu. Dia boleh bimbing aku :D ada jugak kawan yang boleh menjadi rujukan dan teman permainan. :P takyah susah-susah nak jaga suami. sebab ada orang boleh jagakan. hak hak.

31 July ada test jpj. harap lah lulus. raya dah boleh bawak kete.



Thursday, July 18, 2013

Tough Week : Buat website sendiri.



Haha, minggu ni memang tough la, sebelum ni try2 buat online shop guna wordpress. Jadi memang jadi. Lagipun memang free je,, tapi semalam rasa nak upgrade GAGAGA. Pastu beli la domain baru & web host. Domain beli kat Pakar Niaga. Web Host langgan kat SyokHost.

www.tudungsajicinta.com (tapi belum update lagi.. masih huru hara. haha)

Dua-dua ni syarikat orang Melayu :) Bukan takde kat US punya tapi sebagai orang Melayu, rasa terpanggil untuk membantu orang Melayu & Islam. Walaupun customer service kat US tiptop. tapi rasa macam lagi susah nak contact. kalau SyokHost ni boleh mesej aje :D

Kenapa beli asing-asing?
Erm, kenapa ya? Sebab ada terbaca comment seseorang, ia menyukarkan proses nak tukar hosting nanti. Jadi sebab tu la beli asing2.

Semalam beli RM10 setahun je dari SyokHost. storage 130Mb, Nak try je dulu.. tak sangka pulak exceed storage. HAHA. Kalau setakat buat website blog cukup la kot 130mb tu, tapi nak buat online shop, jadi tak cukup. backup lagi. UPGRADE? Senang je nak upgrade.  kalau semalam dah bayar 10. nak upgrade yang power punya RM49, nanti dia tolak je RM10 tu. :D

Btw, untuk blogger2 yang nak tukar domain ke .com cuma RM4 sahaja :D 
 Murah je kan? Jom support syarikat orang melayu ya ! :D

----------------------------------------------------------------------------------------------

semalam install open cart. godek2 tak dapat langsung nak install theme dia. haish bengang je. dengan meleleh hingus. selsema + demam
hari ni tukar prestashop. rasanya macam lagi byk function dari opencart.
hehe senang dan mudah!

:)

. assalamualaikum.

Thursday, July 11, 2013

coret#8


Tetibe rasa sensitif pulak.. haha
Lagu ni ditujukan buat bakal suami yang masih kabur mencari aku suri hidupnya. hak hak

Lirik Lagu Hanya Aku - Hyper Act
Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Wednesday, July 10, 2013

Darjah 2 solat tarawikh 20 rakaat

     Semalam, rasa pelik, tiba-tiba, adik sepupu mendekati. macam dia nak dekat selalu. gitu lah. waktu nak pergi tarawikh. Syuhaidda aka Aida, anak nombor dua. mak usu kata dia ni cepat je tau main game, siap boleh ajar lagi. kalau bab komputer n tech pun dia cepat paham. hehe sebijik perangai macam aku, anak nombor dua la katakan :D tapi baru darjah 2....

Ni la aida, aku ugut dia, kalau xnk amik gambar, aku xbagi main game henfon balik nanti. wakaka
     Sampai kat masjid malam tadi, diorang (adik aku n aida) berebut nak duk tengah. biasalah budak2 nak perhatian n nak jadi the best je kan. yang paling bestnya dia kata nak solat tarawikh 20 rakaat. adik aku kat sebelah sibuk menghasut "aku nak buat 8 je, ko nak berapa". tapi dia balas "20.. xpun ikut kakngah (aku la)" tak sangka aku.

     Tengah solat, spoiling betul la makcik2 kat depan, kenapa lah tak rapatkan saf,, T_T sewaktu solat boleh je bergerak rapatkan saf. Terpaksa aku tinggalkan adik sepupu aku kat sebelah nak rapatkan saf. (dalam hati, biarlah Allah boleh pelihara dia) Dah 12 rakaat, aku pergi belakang, takut dia stop, tapi dia xstop. Dia buat sampai habis, sampai witir. Kat situ takde pun budak2 kecik yg sebaya dia ikut sampai 20rakaat. Adik aku yg darjah 3 pun tak macam tu.

     Lagi satu, pak imam ni baca cepat sangat, 20 rakaat pun tapi kalau xde kualiti xde maknanya kan.. sujud n rukuk dia cepat sangat. better buat 8 je pun, tak payah nak kejar2 masa sangat. Bukan terlalu pendek, bukan terlalu panjang pun, sederhana dah cukup. Memandangkan orang-orang tua yang banyak jadi makmum, elok dipendekkan, oklah  kan. tapi isyak malam tadi suara imam tu best sgt... tambah2 khusyuk.
--> more Tarawikh kuantiti vs kualiti


Nak kongsi sedikit, video keindahan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, senyuman yang membawa cahaya ^_^


Tuesday, July 9, 2013

Esok puasa. 30 hari lagi raya :D

Esok raya puasa. yeah! bermulalah episod rindu XD
rindu pada sifat yang tersembunyi dalam diri.
Orang kata waktu puasa la semua sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita dapat kita lihat
Selepas itu, boleh la kita baiki lagi mana yang kurang kan? 
:) Selamat berpuasa dan bertarawikh.


Niat puasa ya malam ni jangan lupa :D

Monday, July 8, 2013

Berita TV3 yang mengatakan Dr. Morsi Diktator

Maafkan saya, memang ada satu entri yang saya buat tanpa saya selidiki dahulu. Tapi hari ini, ada rakan saya yang kongsikan rakaman video TV3 -Elly Iskandar yang menyebut Morsi Diktator. Namun demikian, beliau menyampaikan bahawa "ada pihak yang mengatakan..." lebih kurang macam ni maksud ayat dia,, Morsi dilantik secara demokrasi namun mengamalkan pemerintahan diktator.

Tapi di akhir ucapan beliau, saya ada sedikit kesangsian.. "Macam tu serupa tak payah amalkan demokrasi". Allahualam. Husnus zon lebih baik.. Maaf T_T

video credit to Jasni Lee

Rugilah kalau bagi free pun tak nak kan. :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, July 7, 2013

Buku dan aku; aku dan buku

Bila nampak buku best rasa macam nak beli pun ada. xtengok cover lagi. asal ada orang quoteor recommend je, rasa terus nak baca buku tu. tapi aku bukan jenis :

1. Terus baca balik nanti
2. Baca sampai habis

Dua-dua sikap ni takda dalam diri aku.. Aku ni sangat bukan ulat buku. Aku suka buku tapi tak suka baca buku. Suka memiliki, tapi tak mengeksploitasi. Sikap suka melepaskan batuk di tangga ni sukar disingkirkan. Lagi-lagi bila ada komitmen lain. Contoh: online bisnes, aktiviti, committe, game, dan segala bentuk kerja sampingan yang lain.

Maka banyaklah buku-buku yang aku miliki belum baca ^__^

Kat library, amik buku banyak2

Tak sampai 10 minit muka dah sleepy
^__^ takpe, usaha lagi =) buku-buku tu nanti insyaallah akan dihabiskan juga... bukan kuantiti buku yang kita baca.. tapi kualiti penghayatan kita pada isinya... Buku yang baik adalah buku yang boleh mengubah pemikiran kita ke arah yang lebih positif.

Saturday, July 6, 2013

Kita bukan kawan dah..

Betul ke keputusan aku buat ni. Betul ke aku takkan cari dia lagi? Betul ke aku boleh lupakan dia?
Dia suka main bola petang2...
Dia suka sangat dengan Heliza..
Dia suka pergi kedai bila mak dia suruh..
Dia suka membebel,, tapi bermanfaat.
Dia suka senyum, n layan je cerita aku..
Dia kelakar.
Tapi...
Dia dah tak suka aku...


Bila dia menjauh dari aku, ni yang buat aku sedih sangat. Secara tiba-tiba. Aku xfaham kenapa. Bila tanya, dia kata takde pape.
Aku tak tau la kenapa sensitif sangat. Saat ini aku rasa, aku dah taknak fikir lagi soal ni. Aku akan anggap kita tak pernah kenal. Tak pernah kawan.
Ah tak matangnya aku. T_T tapi kalau ni yang kau nak. Aku akan ikut je haluan kau... Mulai saat ini. Aku harap kita takkan bertembung, biar di alam maya sekalipun.
Untuk kau :
Aku nak sangat dengar cerita kau lagi. Borak2 dengan kau. Dengar nasihat, kata2 semangat dari kau... Xpelah. Aku akan pergi.
Dah dua kali macam ni... Tiba2 je orang yang aku rapat menjauh. Tanpa ada apa-apa sebab. Tanpa angin ribut taufan.. Kalau tak suka cakap. -_- jangan bagi aku pikir negatif pasal diri aku.
Terima kasih kerana hadir sekejap dalam hidup aku. Bye.

*UPDATE*
Baru je terfikir nak tanya dia dah ada girlfriend ke.. sebab biasanya lelaki menjauh sebab adanya komitmen dalam percintaan. he he
rupanya dia tengah berkenalan dengan calon isteri dia. orang sabahan.. semoga berbahagia.. Sedih lagi? Huhu sampai hati dia xbagitau aku pun..... terasa.... rasa sedih macam kita ni bukan 'orang penting' bagi dia. huk huk. dalam masa yang sama, rasa bahagia... rasa lega sebab segala persoalan dalam dada dah terjawab. lepas ni memang xkan contact dah dia lagi.....

lepas ni turn aku pulak. hai siapa nak berkenalan. ^_______^ puii.

Copy | Fizik Merungkai Kepentingan Solat Berjemaah


Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. 


credit to Islam Agamaku

Friday, July 5, 2013

Freebies✦Salam Ramadhan Upin Ipin

Sempena Ramadhan yang bakal tiba ini, saya dengan rendah hati ingin berkongsi satu gif yang tak berapa...
Gif comel upin ipin kat sebelah tu ^_^


Tak susah pun :)

1. Cari kod </body> dekat Template>Edit HTML
2. Paste kan kod di bawah ini selepas kod </body>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:0px; right:0px;'>
<a href="http://shafiqah-norshahfandi.blogspot.com/2013/07/freebiessalam-ramadhan-upin-ipin.html" target="_blank"><img src="http://i46.photobucket.com/albums/f148/ae-pik/upinramadhan_zpsea4c1e20.gif" border="0" alt=" photo upinramadhan_zpsea4c1e20.gif"/></a>
</div>


Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna pada kita :)

Maher Zain - Ramadan (Malay - Bahasa Version) | Official Music Video

Sayu rasanya menantikan ramadhan yang bakal tiba... Apakah aku masih sempat :"(




Freebies✦Kucing comel gif

Godek-godek Photoshop. Jadilah kitty yang kiut ni. 
Asalnya nak buat bende lain.tapi jadi bende lain. 
Hee first freebies untuk semua. 
Kitty yang comel ni dilepaskan untuk anda :) 
Jaga baik-baik ya :)



macam mana nak amik? senang je. copy code dibawah, 
<img src="image URL" border="0" alt="freebies SN"/></a>

paste kan ke widget anda, 

klik kanan pada image. copy image URL dan pastekan di text warna biru.
Teehe ^_^

✦✦✦✦✦✦png pula✦✦✦✦✦✦



Isu Penggulingan Dr. Morsi

Terkini memang isu penggulingan Dr. Morsi diuar-uarkan dalam media massa terutama facebook & laman web. Apa yang menjadi persoalan, kenapa TV3 cakap Dr. Morsi Diktator? Seolah-olah mereka hanya menerima berita daripada sumber kafir. Atau sebenarnya TV3 dijajahi oleh orang kafir?

........................ini semua salah sangka ---> Video TV3 Dr.Morsi diktator........................

Memang ramai sahabat update pasal ni. Mungkin di Malaysia kurang pendedahan tentang rampasan kuasa ni tapi sahabat muslimin & muslimat di Mesir sudah biasa dengan huru-hara di sana. Penggulingan ini boleh dikatakan secara tiba-tiba.... berita cuma boleh dilihat 24jam daripada masa penggulingan.. Tiada siapa menjangkakan penggulingan Dr Morsi secepat ini. Semuanya dalam rencana Ilahi.

Siapa Dr. Morsi ini? Tak kenal maka tak cinta. Yang paling mengenali beliau- isterinya... Dr. Najla Mahmud mendeskripsi siapa sebenarnya Dr. Morsi.



***************

Saya suka membangkitkan isu syria. Terfikir sejenak, adakah derma sekali sudah cukup? Biasa bagi pelajar universiti, pasti ada kutipan derma untuk Palestine & Syria mahupun Rohingya... Persoalannya, adakah kita rasa sudah cukup nilai seringgit yang kita derma untuk kali pertama? Saya sendiri merasakan hal ini pada mulanya, namun saya terfikir sejenak... mereka hingga saat ini memerlukan bantuan kerabat, bantuan saudara-mara, bantuan ahli keluarga... siapa kalau bukan kita saudara mereka. Kitalah saudara paling dekat dengan mereka. Kita yang menyebut kalimah "Laa Ilaha Illallah" yang sama. Kita membuat rukun yang sama. Hati kita membisikkan rindu yang sama... Malah kita berkongsi kekasih yang sama- Allah. Biarpun jarak memisahkan kita, tapi kita memandang langit yang sama. Langit Ilahi. Langit yang Allah ciptakan untuk kita.

Dermalah untuk saudara kita.... Dermalah demi agama kita.... Dermalah kerana belum pernah ada yang miskin sebab menderma....

Sedikit perkongsian:

Sedih hilang kawan.. sedih hilang customer.. sedih hilang pakwe.. Kita terlalu memikirkan diri kita sendiri. Sellfish. Kenapa kita tidak sedih dengan mereka di sana? Tapi... Mereka tidak sedih. Mereka cintakan syahid.


Wednesday, July 3, 2013

Malang nasib xdapat merasa kek lapis sarawak T_T

Allah... Sedihnya.. kek lapis sarawak dah berkulat... :"( Dah lama dah dia beli dari 22JUN. sampai sekarang tak post lagi.. seminggu lebih.. huhu... Memang xde rezeki laa :"( nak wat camne...

sayang

*Update*
Aku dikhabarkan menerima tempahan sticker sebanyak 51... Ya Allah memang itu satu rezeki tapi mampus la nak buat. xpe2.. fighting!!

contoh sticker yang aku wat

Once you fail, u'll become the expert.

     Memang tak boleh nak salahkan sapa-sapa dalam hal ni. Ya, memang aku yang tidak professional. Menghampakan pelanggan T_T  Hangpa hampa, aku pun beratus kali hampa jugak. Customer hilang, profit hilang n trust yang amat penting tu berkecai. Habis page aku dia UNLIKE sekali.

     Ini satu pengajaran buat aku. Terima kasih ya Allah andai ini takdirnya. Kau hilangkan sebahagian, tapi kau gantikan dengan yang paling berharga. Pengalaman & pengajaran. Lepas ni memang aku xamik dah order daripada dia. Ya, sebab dia ada kenduri, semua msg aku dia xreply. Sengsara. 

     Adatlah kan, bisnesman mana yang tak pernah lalui pengalaman ni. Ni semua perencah untuk menghasilkan sebuah kejayaan. :") Aku takkan mengalah! 

Aku akan teruskan jugak bisnes ni. Biar dicaci, dihina, aku kan tetap segar, mekar dan bersinar......
terubat segala keresahan
Semalam, tengah serabut fikir, nasib baik ada adik yang order sticker mintak gambar doraemon, upin ipin.. terima kasih kerana membuat aku tersenyum :D 

Once you fail, u'll become the expert.

Tuesday, July 2, 2013

Ya, aku gamer tegar.

Game? Tak ramai perempuan yang suka main game. Kalau main pun setakat main game kecik2 macam candy crush, ataupun game kat henfon... subway surfer... yang mana trending la kan..

Tapi, aku suka jugak main game macam tu.. tapi aku ada minat yang tersendiri. Senang cerita aku suka main game simulation. Contohnya game, The Sim (1,2,3) n expension.. Hotel Giant, Restaurant Empire, Virtual Families, Virtual Villagers,.. hak macam tu game yang aku suka. Aku kurang gemar main game shooting & action. Walaupun aku kaki game, aku tetap berjiwa perempuan. haha.

Sebenarnya nak kongsi satu game yang menarik. Bukan satu game je, banyak game tapi producer yang sama. Presenting my favourite developer...



English version, japan version pun ada.
Game ni hanya ada untuk android & iphone je.
Tahniah untuk perngguna android n iphone.
Nokia xde, sori.. n platform yang lama-lama pun takde.

Senang cerita aku dah main semua game keluaran Kairosoft ni :D
Dah ada koleksi jugak. Pandai2 lah cari free full version.
Kalau nak try dulu boleh la cuba download Free Lite version kat Play Store.

Antara yang best.
First game aku main
Mega Mall Story
(Open your own great shopping store)
hew hew hew. 

Lain-lain:

Best bagi aku, 
The Sushi Spinnery (agak susah bagi aku yang jarang makan sushi ni)
Pocket Clothier
World Cruise Story
GameDev Story
Cafeteria Nipponica (sekarang aku tgh main. repeat. haha)
& nak ikutkan semua aku suka.. 

semua offline game kecuali Dream House Days. Kene ada kawan baru senang nak main.
Hope, bagi yang tak pernah kenal Kairosoft tu, sila lah cuba :) game yang simple je tapi susah. cepat bankrupt. link kairosoft
he he he

*waiting for new game. cepatlah wat game baru. huhu*

Monday, July 1, 2013

Cenderahati dari Mesir daripada Vlogger Qawiem :D

Salam, baru-baru ini teringat tentang contest komen terakhir untuk satu post daripada page Qawiem Khairi sempena pulang ke tanah air. Vlogger Langit Ilahi. Aku pun cuba-cuba la mana tau boleh dapat. hehe. dan..... bila last-last tu memang semangat gila ni tunggu QK bila nak sampai Malaysia ni.. tak sabar nak tau pemenangnya. lama tunggu. tak stop2 komen tu. berlawan dengan Nuruddin ni. sebelum tu ramai jugak. tapi diorang dah give up. last skali kami dua orang dapat XD

hadiah apa itu? 

Tak pergi TeenAce. pada awalnya aku cuba dapatkan tiket percuma Langit Ilahi. Hashtag #TeenACE tapi dah give up. sebab rasa macam malas pula. huhu maka tak dapat la nak menuntut cenderahati Qawiem Khairi.. T_T

pengumuman pengumuman ^_^
Bila agaknya boleh tuntut ya. ^_^ malulah pulak i. hahaha. dulu bukan main excited. ceh. ada rezeki satu hari nanti dapat la jumpa vlogger terkenal tu... hehe

#start tengok vlog dia dari V5-Sudikah Awak...


terus terpikat. ecece tipu je. terus tersentap. haha. very good vlogger :)



Guru tak bergaji. haaha


Alamak lupa pulak nak selesaikan problem adik aku...
Dia dah hantar lama jugak tapi lupa plak nak wat.. sumimasen..
jum kita wat sama-sama ya.. No 7.

hover to zoom

Aku confuse laa. ni soalan matematik ke soalan fizik ni? Kalau fizik sori lah dah tak ingat dah.

Baca soalan: okey, faham, dia cakap pasal bola tu melantun balik setinggi 3/5h cm, h height=120cm dan dilantunkan daripada bangunan setinggi 120cm. (pendek je)

Soalan a) alahai nak guna formula apa pulak ni,,.. arithmetic ke geomatric ni.. haha okay senang je ni,,,

ni geometric progression ni. formula ar^n
a=120
r=3/5
a_1=120
a_2=120*3/5=72
a_3=72*3/5=43.2

jawapan a) 43.2cm

Soalan b) fuh rasa tough ni.. dia nak cari jumlah jarak bola travel kan?

<--- guna formula ni


s_10=120(1-(3/5^10)/(1-3/5)= 298.186

tapi tak rasa ke dia kene tambah lagi sebab dia akan melantun kebawah kan... 298.186-120= 178.186

jawapan b) 298.186+178.186= 476.372cm

Soalan c)

<--- guna formula ni


S∞= 120/(1-3/5)= 300cm

jawapan c) 300cm


Done! :D
kalau salah maafkan gua.. gua enggak expert..

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!