Friday, October 18, 2013

Aku diet nak sihat bukan setakat kurus

Sebelum tu nak state dulu..
Aku takdelah kisah sangat kalau gemuk. berat sekarang 68kg WTF
Dalam masa seminggu je. sebelum ni berat aku 58kg. 10kg naik sebab apa??

Sebelum masuk biasiswa YBR (Yayasan Bank Rakyat), aku seorang yang sangat berjimat cermat, kedekut, kawal nafsu..

Waktu tu sangat susah. Nak beli makanan RM3 tu pun rasa macam sayang sangat. duit tak ada kan waktu tu. sejak tu aku selalu makan oat je. kalau lapar, buat oat 3in1 (brand quacker perisa vanilla). Lama jugak dekat 2 bulan hidup sengsara. berat pun turun 2kg (58kg).

Bila masuk YBR je... alhamdulillah. nafsu makan aku sangat-sangat meningkat. macam tak makan seminggu. dah feberet aku kek moist coklat Anis Bakery tu. Masuk je duit, hari-hari aku makan kek tu. kadang sekali sehari, kadang 2 kali sehari. tup tup berat aku tetiba naik kau 68kg waktu nak habis sem tu. tambah lagi nak raya. duduk rumah makanan memang penuh lemak jela. haish. aku rasa dlm seminggu dua je aku dah naik 10kg. gila kau. orang nak turun 2 minggu 1kg pun payah. aku naik 10 kg. seluar pun sendat. baju kurung pun dah ketat. adoi..

Memang sedap kau. meleleh leleh krm dia. 


sebab apa? sebab kek banyak gula n banyak lemak.

sekarang aku tengah fikir nak ikut diet yang mana. Atkin ke Kevin Zahari? aku bukan setakat nak kurus. tapi nak jugak sihat. haritu timbang kat herbalife. lemak organ aku tinggi sangat. HERBALIFE? hurm. kos agak tinggi jadi aku nak try diet2 yg free dulu.

Atkin
-haramkan pengambilan karbohidrat seperti roti, tepung, nasi, mihun etc
-tak perlu exercise pun
-inch loss
-pentingkan pengambilan air yang banyak (sama macam herbalife)

Kevin Zahari
-Makan makanan kalori rendah n portion nasi segenggam.
-banyakkan exercise untuk bakar kalori
-guna pedometer. haha banyakkan langkah

Melalui kawan herbalife aku, lemak organ susah nak dibakar walaupun kita exercise. aku punya lemak biasa taklah banyak sangat tapi lemak organ berada di tahap yang sangat merunsingkan. tapi boleh kurangkan dengan pengambilan air yang banyak n jaga pemakanan + nutrisi dia. (shake)

Pernah la jugak terfikir nak consume shake. tapi malas.haha. pagi2 sarapan penting bagi aku , penting juga bagi herbalife. tapi sekarang oat aku oat mentah bukan 3in1 jadi aku sangat malas nak sarapan. OMG

rasa nak amik je sebab shake kan senang, tak perlu air panas. huhu. just masak air biasa je. nampaknya aku kene fikir balik sarapan apa yang aku sesuai ambil. dulu aku makan oat 3in1 tu la sarapan hari-hari.

nak diet, nak kurus, nak sihat.

Banyak benda nak fikir. T_T ok aku akan abaikan bisnes buat sementara waktu.

aku nak cari pedometer sat. nk buy online je.




Wednesday, October 16, 2013

Tadi mak marah betul. Salah adik cuma terlupa nak tutup air yang ditadah. Paip bocor, jadi setiap hari kena tutup air. Air mahal. Mak mungkin stress kerana beban hutang yang ditanggung. Bagi mak, nak bayar air pun rasa perit.

Aku.... nak jadi orang kaya. Boleh tolong mak dan abah. Aku tak mau mak n abah tension fikir hutang, duit tak cukup, nak beli baju baru pun rasa mahal. Nilai wang sangat berbeza daripada perspektif setiap individu. Bagi orang kaya, duit seringgit tidaklah terlalu bermakna dan senang dibelanjakan untuk memenuhi kehendak mereka. Nilai seringgit sangat berbeza daripada perspektif orang miskin. Dalam sehari, nilai satu ringgit ini mampu memenuhi keperluan hidup mereka. Cukup.

Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

Ramai orang bekerja untuk duit tapi sedikit yang duit bekerja untuk mereka.

***********************************************

Kalau anda juga berada seperti situasi diatas.. saya ingin memberikan anda peluang. peluang yang orang lain tak tahu, atau mungkin taknak ambik tahu. atau buat2 tak tahu.

siapa kita dan siapa mereka.

kalau mereka hobinya berbelanja dan bercuti ke luar negara...

kita hobi memikirkan duit jatuh ke riba. angan-angan.

angan-angan bukanlah satu impian. impian digilap dari semasa ke semasa walhal angan-angan cuma membayangkan sesuatu yang indah tanpa dan terus berharap tanpa ada usaha.

Impian, semua orang ada impian juga.

cuma, impian itu kadangkala tenggelam kerana sifat putus asa dan tidak mencuba.

Saya mahu memberikan peluang untuk anda. peluang menjana pendapatan pasif. yang mana semua orang berjaya seperti Robert Kiyosaki yang mana sumber pendapatan mereka adalah daripada pendapatan pasif!

Testimoni salah seorang agen:
Minggu ni je aku berjaya jual RM400! Kawan-kawan semua mintak sampai tak sempat nak tambah modal. nasib baik ada kawan aku pun jual sekali. tak sanggup nak hampakan perasaan diorang. boleh tolong sesama kawan.

----> Kawan anda nak join pun keuntungan milik anda sepenuhnya

Wise man (Investor):
Use money to generate more money.

Saya mahu tolong anda...
Pm page ini dengan segera dan jangan lepaskan peluang ini.

https://www.facebook.com/TopupDeen


Monday, October 14, 2013

Berhari raya di rumah sendiri. Perasaan itu....

sangat boring dan pelik. banyak pulak menu makanan yang ingin disediakan... kalau balik raya kat kampung dulu tak ada pulak rajin nak masak banyak2.. mungkin terlebih excited sebab first time raya kat rumah sendiri! itulah mak n nenek aku. kat kampung, atuk dah tak ada. rumah tu pulak didiami oleh pakcik aku. Jadi, rasa janggal dan tak berapa selesa bila duduk dirumah "orang".

Menu raya ni lain daripada apa yang selalu buat kat kampung dulu. Menu tetap kat kampung mesti rendang ayam, soto, ketupat, kuah kacang. Tak pernah masak daging sebab keluarga belah ayah aku ramai tak makan daging. Tapi menu kali ni rendang kerang, ayam goreng, ketupat palas n kuah kacang mesti ada (family favourites) hehe.

*****************************

Sambungan Cashflow Quadrant:



Aku selama ni fikir yang Quadrant B - big business ni macam minda seorang usahawan... mengembangkan bisnes, mencipta idea.. tapi salah semua tu. semua tu masih berada dalam quadrant S-Self-employed. Quadrant B ni adalah bisnes yang mana menggunakan masa orang lain dan duit orang lain! Semakin berjaya bisnes, semakin banyak masa free untuk keluarga. Bukan seperti di Quadrant S; Semakin berjaya dan berkembang bisnes, semakin sibuk dan kurang masa. Nampak tak perbezaan Quadrant S & B ? Kalau nampak tu maksudnya ada potensi untuk melangkah ke Quadrant B  (:

Tadi sebelum baca buku Cashflow Quadrant, tersalah set mind n baru rancang nak buat bisnes kad kahwin. tapi idea tu nmpknya kene reject. Nak jadi Quadrant B kene fikir system yang terbaik n the boom macam McDonald. Semua orang boleh buat burger lagi bagus daripada McD tapi tak semua boleh ada sistem yang bagus macam McD.

:) mak panggil buat ketupat palas. see u next time insyaallah.

Kepompong kehidupan

Tadi mak marah betul. Salah adik cuma terlupa nak tutup air yang ditadah. Paip bocor, jadi setiap hari kena tutup air. Air mahal. Mak mungkin stress kerana beban hutang yang ditanggung. Bagi mak, nak bayar air pun rasa perit.

Aku.... nak jadi orang kaya. Boleh tolong mak dan abah. Aku tak mau mak n abah tension fikir hutang, duit tak cukup, nak beli baju baru pun rasa mahal. Nilai wang sangat berbeza daripada sudut perspektif setiap individu. Bagi orang kaya, duit seringgit tidaklah terlalu bermakna dan senang dibelanjakan untuk memenuhi kehendak mereka. Nilai seringgit sangat berbeza daripada perspektif orang miskin. Dalam sehari, nilai satu ringgit ini mampu memenuhi keperluan hidup mereka. Cukup.

Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

Ramai orang bekerja untuk duit tapi sedikit yang duit bekerja untuk mereka.

Aku sekarang berada di quadrant S. Self - employee. (Cashflow Quadrant by Robert Kiyosaki)  Aku mahukan kerja dilakukan dengan sempurna dan tak suka orang lain yang buat. Sebab aku takut orang lain xbuat sebaik yang aku buat. Aku bukan inginkan duit. Aku ingin menjadi seorang yang expert, pro dlm bdg yg aku minat. Itulah aku. Bagaimana aku mahu berubah ke Quadrant B - Big business.

**************************************

Goal :

Aku masih mencari haluan aku yang sebenar.

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!