Monday, October 14, 2013

Kepompong kehidupan

Tadi mak marah betul. Salah adik cuma terlupa nak tutup air yang ditadah. Paip bocor, jadi setiap hari kena tutup air. Air mahal. Mak mungkin stress kerana beban hutang yang ditanggung. Bagi mak, nak bayar air pun rasa perit.

Aku.... nak jadi orang kaya. Boleh tolong mak dan abah. Aku tak mau mak n abah tension fikir hutang, duit tak cukup, nak beli baju baru pun rasa mahal. Nilai wang sangat berbeza daripada sudut perspektif setiap individu. Bagi orang kaya, duit seringgit tidaklah terlalu bermakna dan senang dibelanjakan untuk memenuhi kehendak mereka. Nilai seringgit sangat berbeza daripada perspektif orang miskin. Dalam sehari, nilai satu ringgit ini mampu memenuhi keperluan hidup mereka. Cukup.

Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

Ramai orang bekerja untuk duit tapi sedikit yang duit bekerja untuk mereka.

Aku sekarang berada di quadrant S. Self - employee. (Cashflow Quadrant by Robert Kiyosaki)  Aku mahukan kerja dilakukan dengan sempurna dan tak suka orang lain yang buat. Sebab aku takut orang lain xbuat sebaik yang aku buat. Aku bukan inginkan duit. Aku ingin menjadi seorang yang expert, pro dlm bdg yg aku minat. Itulah aku. Bagaimana aku mahu berubah ke Quadrant B - Big business.

**************************************

Goal :

Aku masih mencari haluan aku yang sebenar.

0 comments:

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!