Tuesday, July 2, 2013

Ya, aku gamer tegar.

Game? Tak ramai perempuan yang suka main game. Kalau main pun setakat main game kecik2 macam candy crush, ataupun game kat henfon... subway surfer... yang mana trending la kan..

Tapi, aku suka jugak main game macam tu.. tapi aku ada minat yang tersendiri. Senang cerita aku suka main game simulation. Contohnya game, The Sim (1,2,3) n expension.. Hotel Giant, Restaurant Empire, Virtual Families, Virtual Villagers,.. hak macam tu game yang aku suka. Aku kurang gemar main game shooting & action. Walaupun aku kaki game, aku tetap berjiwa perempuan. haha.

Sebenarnya nak kongsi satu game yang menarik. Bukan satu game je, banyak game tapi producer yang sama. Presenting my favourite developer...



English version, japan version pun ada.
Game ni hanya ada untuk android & iphone je.
Tahniah untuk perngguna android n iphone.
Nokia xde, sori.. n platform yang lama-lama pun takde.

Senang cerita aku dah main semua game keluaran Kairosoft ni :D
Dah ada koleksi jugak. Pandai2 lah cari free full version.
Kalau nak try dulu boleh la cuba download Free Lite version kat Play Store.

Antara yang best.
First game aku main
Mega Mall Story
(Open your own great shopping store)
hew hew hew. 

Lain-lain:

Best bagi aku, 
The Sushi Spinnery (agak susah bagi aku yang jarang makan sushi ni)
Pocket Clothier
World Cruise Story
GameDev Story
Cafeteria Nipponica (sekarang aku tgh main. repeat. haha)
& nak ikutkan semua aku suka.. 

semua offline game kecuali Dream House Days. Kene ada kawan baru senang nak main.
Hope, bagi yang tak pernah kenal Kairosoft tu, sila lah cuba :) game yang simple je tapi susah. cepat bankrupt. link kairosoft
he he he

*waiting for new game. cepatlah wat game baru. huhu*

Monday, July 1, 2013

Cenderahati dari Mesir daripada Vlogger Qawiem :D

Salam, baru-baru ini teringat tentang contest komen terakhir untuk satu post daripada page Qawiem Khairi sempena pulang ke tanah air. Vlogger Langit Ilahi. Aku pun cuba-cuba la mana tau boleh dapat. hehe. dan..... bila last-last tu memang semangat gila ni tunggu QK bila nak sampai Malaysia ni.. tak sabar nak tau pemenangnya. lama tunggu. tak stop2 komen tu. berlawan dengan Nuruddin ni. sebelum tu ramai jugak. tapi diorang dah give up. last skali kami dua orang dapat XD

hadiah apa itu? 

Tak pergi TeenAce. pada awalnya aku cuba dapatkan tiket percuma Langit Ilahi. Hashtag #TeenACE tapi dah give up. sebab rasa macam malas pula. huhu maka tak dapat la nak menuntut cenderahati Qawiem Khairi.. T_T

pengumuman pengumuman ^_^
Bila agaknya boleh tuntut ya. ^_^ malulah pulak i. hahaha. dulu bukan main excited. ceh. ada rezeki satu hari nanti dapat la jumpa vlogger terkenal tu... hehe

#start tengok vlog dia dari V5-Sudikah Awak...


terus terpikat. ecece tipu je. terus tersentap. haha. very good vlogger :)



Guru tak bergaji. haaha


Alamak lupa pulak nak selesaikan problem adik aku...
Dia dah hantar lama jugak tapi lupa plak nak wat.. sumimasen..
jum kita wat sama-sama ya.. No 7.

hover to zoom

Aku confuse laa. ni soalan matematik ke soalan fizik ni? Kalau fizik sori lah dah tak ingat dah.

Baca soalan: okey, faham, dia cakap pasal bola tu melantun balik setinggi 3/5h cm, h height=120cm dan dilantunkan daripada bangunan setinggi 120cm. (pendek je)

Soalan a) alahai nak guna formula apa pulak ni,,.. arithmetic ke geomatric ni.. haha okay senang je ni,,,

ni geometric progression ni. formula ar^n
a=120
r=3/5
a_1=120
a_2=120*3/5=72
a_3=72*3/5=43.2

jawapan a) 43.2cm

Soalan b) fuh rasa tough ni.. dia nak cari jumlah jarak bola travel kan?

<--- guna formula ni


s_10=120(1-(3/5^10)/(1-3/5)= 298.186

tapi tak rasa ke dia kene tambah lagi sebab dia akan melantun kebawah kan... 298.186-120= 178.186

jawapan b) 298.186+178.186= 476.372cm

Soalan c)

<--- guna formula ni


S∞= 120/(1-3/5)= 300cm

jawapan c) 300cm


Done! :D
kalau salah maafkan gua.. gua enggak expert..

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!