Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Isu Penggulingan Dr. Morsi

Terkini memang isu penggulingan Dr. Morsi diuar-uarkan dalam media massa terutama facebook & laman web. Apa yang menjadi persoalan, kenapa TV3 cakap Dr. Morsi Diktator? Seolah-olah mereka hanya menerima berita daripada sumber kafir. Atau sebenarnya TV3 dijajahi oleh orang kafir?

........................ini semua salah sangka ---> Video TV3 Dr.Morsi diktator........................

Memang ramai sahabat update pasal ni. Mungkin di Malaysia kurang pendedahan tentang rampasan kuasa ni tapi sahabat muslimin & muslimat di Mesir sudah biasa dengan huru-hara di sana. Penggulingan ini boleh dikatakan secara tiba-tiba.... berita cuma boleh dilihat 24jam daripada masa penggulingan.. Tiada siapa menjangkakan penggulingan Dr Morsi secepat ini. Semuanya dalam rencana Ilahi.

Siapa Dr. Morsi ini? Tak kenal maka tak cinta. Yang paling mengenali beliau- isterinya... Dr. Najla Mahmud mendeskripsi siapa sebenarnya Dr. Morsi.



***************

Saya suka membangkitkan isu syria. Terfikir sejenak, adakah derma sekali sudah cukup? Biasa bagi pelajar universiti, pasti ada kutipan derma untuk Palestine & Syria mahupun Rohingya... Persoalannya, adakah kita rasa sudah cukup nilai seringgit yang kita derma untuk kali pertama? Saya sendiri merasakan hal ini pada mulanya, namun saya terfikir sejenak... mereka hingga saat ini memerlukan bantuan kerabat, bantuan saudara-mara, bantuan ahli keluarga... siapa kalau bukan kita saudara mereka. Kitalah saudara paling dekat dengan mereka. Kita yang menyebut kalimah "Laa Ilaha Illallah" yang sama. Kita membuat rukun yang sama. Hati kita membisikkan rindu yang sama... Malah kita berkongsi kekasih yang sama- Allah. Biarpun jarak memisahkan kita, tapi kita memandang langit yang sama. Langit Ilahi. Langit yang Allah ciptakan untuk kita.

Dermalah untuk saudara kita.... Dermalah demi agama kita.... Dermalah kerana belum pernah ada yang miskin sebab menderma....

Sedikit perkongsian:

Sedih hilang kawan.. sedih hilang customer.. sedih hilang pakwe.. Kita terlalu memikirkan diri kita sendiri. Sellfish. Kenapa kita tidak sedih dengan mereka di sana? Tapi... Mereka tidak sedih. Mereka cintakan syahid.


Wednesday, May 15, 2013

IIUM Bukan sekadar D O N U T

Bangga dan xcaya laah.. teringin jugak mau menang :( huhuhuhu




Pada 9-11 Mei 2013, seramai 17 pelajar Sains Matematik telah mewakili UIAM dalam "International Mathematics Convention 2013" yang diadakan di UMT. Alhamdulillah, mereka berjaya menjadi juara keseluruhan.

OLIMPIAD MATEMATIKIndividu
Emas:Nik Amir Syafiq-IIUM
Perak:UM
Gangsa:UM
Berkumpulan
Emas:IIUM(Jaffar,Ahmad,Fahim,Akeef,nik)
Perak:UM
Gangsa:UMT

BURUMATIKJohan:IIUM
Naib johan:UMT 1
Tempat ke-3:UMT 2

SENIMATIKJohan:IIUM
Naib johan:UM
Tempat ke-3:USIM
First time ke dengar burumatik, senimatik, olympiad? okay bagi adik2 yang tak tahu... Olympiad ni macam quiz math laa :) all level of degree... Burumatik ni pulak macam explorace tapi soalan dia soalan matematik laa.. senimatik ni pulak persembahan pentas. (tak tahu sbb xpnh tengok)

Okay sekarang ni nak cakap yg UIA bukan sekadar D O N U T sahaja okay!
Student UIA pun ramai yg genius... HOHO
:P


Friday, May 10, 2013

Kebangkitan Rakyat tanda Kebijaksanaan Rakyat



Pemimpin berjiwa rakyat
Bukan terletak pada agung kalamnya
Juga bukan kerana banyak sumbanganya
Tidak juga yang hebat ilmu ekonomi semata

Pemimpin berjiwa rakyat
Senyuman dilakar ikhlas tanpa mengira bangsa
Duduk semeja untuk mengerti 
Susah senang setiap warga desa
Keperitan cukai warga kota

Pemimpin berjiwa rakyat
Tidak mudah putus asa
Membela nasib sejagat
Biar dia ditekan seribu tombak hitam
mahupun sejuta nista dan dusta
Dari pihak yang lebih berkuasa

Pemimpin berjiwa rakyat
Beban dipukul luar biasa
Amanah digalas setia selagi berdaya
tidak semua sekuat mentalnya
Dan sangat sukar berjumpa selainnya.

.....................................

Rakyat adalah amanah setiap pemimpin.
Jika pincang rakyatnya, maka pincanglah pemimpinnya


Teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan sebaik-baik raja adalah rajanya

Sultan Muhammad Alfateh adalah sultan yang mengalir darah pekat daripada keturunan yang membuak-buak hatinya untuk membebaskan kota konstantinopel. Perjuangan ayahnya tidak sia-sia selepas Sultan Muhammad Al-fateh menerajui pucuk pimpinan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Murad II. Pandangannya lebih tajam dari mata pisau. Matlamat beliau sangat jelas iaitu membuka pintu konstantinopel untuk menyebarkan Islam. Perjuangan ratusan tahun ini memberi makna kepada setiap umat islam.

Teringat catatan Sultan Al-Fateh kepada ayahandanya saat dia mula berlatih untuk memegang tampuk pemerintahan.

"Siapakah yang saat ini menjadi sultan, saya atau ayahanda? Jika ayahanda yang menjadi sultan, datanglah ke mari dan pimpinlah pasukanmu. Tetapi jika engkau menganggap saya sebagai sultan maka dengan ini saya meminta ayahanda segera datang ke mari untuk memimpin pasukan saya." - Muhammad Al-Fateh karya Felix Siaw

Sekiranya anda ke Istanbul jangan lupa hayati perjuangan perit umat islam dalam menegakkan obor-obor islam. Hayatilah keindahan islam yang sebenar dimana ketelusan, keadilan dan kebijaksanaan pemimpin islam dahulu amat sukar dialami sekarang.

Kebangkitan rakyat - dimana rakyat sudah berani bersuara dan bijak menilai ketelusan dalam politik.

Salam Rejab daripada saya. Panjang umur, saya tulis lagi.



✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!