Friday, July 5, 2013

Isu Penggulingan Dr. Morsi

Terkini memang isu penggulingan Dr. Morsi diuar-uarkan dalam media massa terutama facebook & laman web. Apa yang menjadi persoalan, kenapa TV3 cakap Dr. Morsi Diktator? Seolah-olah mereka hanya menerima berita daripada sumber kafir. Atau sebenarnya TV3 dijajahi oleh orang kafir?

........................ini semua salah sangka ---> Video TV3 Dr.Morsi diktator........................

Memang ramai sahabat update pasal ni. Mungkin di Malaysia kurang pendedahan tentang rampasan kuasa ni tapi sahabat muslimin & muslimat di Mesir sudah biasa dengan huru-hara di sana. Penggulingan ini boleh dikatakan secara tiba-tiba.... berita cuma boleh dilihat 24jam daripada masa penggulingan.. Tiada siapa menjangkakan penggulingan Dr Morsi secepat ini. Semuanya dalam rencana Ilahi.

Siapa Dr. Morsi ini? Tak kenal maka tak cinta. Yang paling mengenali beliau- isterinya... Dr. Najla Mahmud mendeskripsi siapa sebenarnya Dr. Morsi.



***************

Saya suka membangkitkan isu syria. Terfikir sejenak, adakah derma sekali sudah cukup? Biasa bagi pelajar universiti, pasti ada kutipan derma untuk Palestine & Syria mahupun Rohingya... Persoalannya, adakah kita rasa sudah cukup nilai seringgit yang kita derma untuk kali pertama? Saya sendiri merasakan hal ini pada mulanya, namun saya terfikir sejenak... mereka hingga saat ini memerlukan bantuan kerabat, bantuan saudara-mara, bantuan ahli keluarga... siapa kalau bukan kita saudara mereka. Kitalah saudara paling dekat dengan mereka. Kita yang menyebut kalimah "Laa Ilaha Illallah" yang sama. Kita membuat rukun yang sama. Hati kita membisikkan rindu yang sama... Malah kita berkongsi kekasih yang sama- Allah. Biarpun jarak memisahkan kita, tapi kita memandang langit yang sama. Langit Ilahi. Langit yang Allah ciptakan untuk kita.

Dermalah untuk saudara kita.... Dermalah demi agama kita.... Dermalah kerana belum pernah ada yang miskin sebab menderma....

Sedikit perkongsian:

Sedih hilang kawan.. sedih hilang customer.. sedih hilang pakwe.. Kita terlalu memikirkan diri kita sendiri. Sellfish. Kenapa kita tidak sedih dengan mereka di sana? Tapi... Mereka tidak sedih. Mereka cintakan syahid.


0 comments:

✦ Popular Post ✦

 
Welcome here :)
 Percuma je!!